Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries for the ‘guide’ Category

Emas nugget palsu jangan tertipu

Saya baru sahaja kembali ke ofis dari bandar kajang, membeli coolblog (wah! bersama membantu promosi air coolblog di Metro Kajang oleh usahawan bumiputra) naik sahaja ke ofis dengan tercungap-cungap saya masuk ke bilik bos, buka saja pintu saya lihat Anep memegang sebungkus nugget emas (dah macam nugget KFC je saya tengok). “Wah, mana dapat ni Nep”, bukan senang nak tengok berketul-ketul nugget ditabur diatas meja (rasa nak kutip je ahahah).

Lantas saya bertanya, “sapa pergi mendulang ni?”, saya terus ambil satu nugget sambil membelek depan belakang, rasa nak gigit pun ada sebab nak test ketulenan emas, orang tua kata emas ni lembut dan boleh digigit, kenala try kan :) . Selepas belek 2-3minit, saya rasa  lain macam je nugget ni, saya ambil batu hitam, gores sedikit, emmmm..ada colour emas, tapi masih tak berani untuk akui ketulenan nugget, anep buat muka sifar, hafiz pun buat muka sifar, saya rasa tak berpuas hati dengan ujian batu hitam ni je, saya ambil asid dan buat ujian sekali lagi. Goresan tersebut hilang, padam, lesap, meruap, cair atau apa sahaja bahasa yang sesuai kerana saya rasa kecewa warna emas tersebut luntur. SAH dan MAKIN SAH nugget ini palsu, bukan emas tetapi tembaga kuning yang biasa orang guna untuk menghasilkan emas palsu.

Sekali lagi rasa kecewa, siapalah yang sanggup buat sampai ke bentuk nugget untuk dijual kepada orang diluar sana, sekali tengok ia memang mudah untuk dianggap sebagai emas, dah jika ditoreh pun anda maybe masih ragu-ragu, tetapi jika ujian asid dijalankan, terbukti barang ini bukannya emas tulen tetapi tembaga kuning atau “copper pyrites” iaitu tembaga solid yang agak berat dan akan bertukar warna kepada hijau pada ujian asid (copper sulfate) untuk menguji ketulenan emas.

Saya lampirkan sedikit gambar nugget tersebut untuk pelawat Hafizjewel, Hati-hati jika ada mana-mana sipolan cuba menjual kepada anda.

nugget emas palsu dalam bentuk chips

nugget emas palsu dalam bentuk chips

Penjualnya mungkin akan cuba meyakinkan anda bahawa emas itu tulen (gambar hiasa, model: anep)

Penjualnya mungkin akan cuba meyakinkan anda bahawa emas itu tulen (gambar hiasan, model: anep)

Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas, tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid

Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas, tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid

Perangi emas palsu dipasaran negara

Perangi emas palsu dipasaran negara

Hati-hati ketika membeli emas, bawa mereka yang lebih mahir jika ada yang datang menemui anda menawarkan emas nugget pada harga yang murah, mereka mungkin cuba memerangkap anda.

Lelongan emas Hari Raya 2009

Bulan Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya, tinggal beberapa hari lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri .  Semperna sambutan aidilfitri kami ini, Hafizjewel sekali lagi berbesar hati mengadakan lelongan emas pada harga termurah kepada pengunjung setia website kami. Kami tawarkan harga terendah untuk anda untuk memiliki barang kemas pada hari raya kali ini, termurah di pasaran cuma RM9.90 untuk sebentuk cincin emas.

Jangan lupa bid harga anda pada comment box pada setiap item, dan tandakan notify untuk mendapatkan bidaan terkini terus kepada email anda. Jika anda blogger atau website owner, gunakan banner2 kami dan linkkan kepada website kami, untuk melayakkan anda menerima diskaun 10-20% untuk sesi lelongan kali ini

Untuk pengetahuan anda, dikedai kami sekarang (Jalan Reko Kajang) kami menyediakan promosi 10-40% untuk jewelery kami, anda hanya perlu datang ke kedai kami (lihat location), staff kami akan melayan anda. Jangan lupa, datang melawat ye. Pastinya harga teruja daripada kami dapat membeliakkan mata anda :)

Tarikh tutup sesi lelongan kali  ini adalah pada Selasa (17-09-09), 1.00pm. Selamat membida dan Salam Ramadhan dari kami di Hafizjewel

Bagaimana untuk mengikuti sesi lelongan

Didalam artikel ini, saya ingin menunjukkan bagaimana proses lelongan di web hafizjewel berjalan dan fungsi-fungsi yang anda perlu tahu.

Setiap sesi lelongan barang kemas di Hafizjewel biasanya akan diadakan selama 2 Minggu iaitu bermula pada Isnin minggu pertama sehingga Isnin pada minggu ke-3, bagaimanapun sila rujuk maklumat terbaru didalam artikel yang ditulis bagi setiap sesi.

Ringkasan bagi setiap sesi lelongan.

Untuk membida mudah sahaja, anda hanya perlu menulis didalam komen box berapa bidaan anda untuk item tersebut,

eg: i want to bid this item, i offer RM12.00 (clear like this) –>state the price

tempoh bidaan adalah selama 2 minggu. Bidaan tertinggi layak memiliki item didalam koleksi kami.

Saya akan terangkan dahulu beberapa perkara penting untuk pengetahuan anda.

e.g: Start Price : RM9.90 adalah price paling rendah anda boleh membida untuk sesuatu item, sila rujuk start price bagi suatu item sebelum anda membida.

e.g: code : ini adalah kod rujukan kami untuk suatu item barangan kemas

eg: RRP: RM900.00 adalah retail price atau harga biasa item tersebut dijual.

eg: Notify me a follo…. : tandakan pada kotak ini, jika anda ingin mendapat perkembangan terkini tentang item yang anda bid (Highly recommend)

lain-lain category adalah untuk membantu anda mengetahui nilai dan ketulenan barang kemas tersebut.

Cara penyerahan barangan kemas setelah pemenang diumumkan kami lebih prefer by hand untuk sesi pertama ini bagi meningkatkan keyakinan pembeli tentang mutu emas kami, anda boleh melihat sendiri barang kemas didalam koleksi kami sebelum membayar bidaan anda, bagaimanapun anda boleh menghubungi kami untuk cara yang lain

Elakkan bertanya soalan di ruangan komen lelong item, sebaik-baiknya terus bertanya di article ini, kami akan membalas seberapa segera soalan-soalan anda.

Syarat yang paling best untuk pembida-pembida disini adalah, dengan meletakkan banner kami di blog anda, anda akan mendapat potongan 25% bagi harga setiap item yang dilelong, contohnya juka anda membida RM100, dan menan, anda hanya perlu membayar RM75.00 sahaja.

Kesilapan server berlaku di hafizjewel

Salam semua pelawat hafiz jewel, kami menghadapi masalah dengan server kami selama 2 hari dan terpaksa mengubah kepada server lain buat sementara..

server yang lama telah kehilangan hampir semua data, unfortunately, kami tidak backup semua data termasuk komen disini dan kami tidak dapat akses ke database, nampaknya kami terpaksa bermula dari scratch balik..

kami amat meminta maaf diatas masalah ini kepada pengunjung blog hafizjewel.

kami akan tingkatkan servis kami, yerla kami budak baru belajar blog blog ini.. harap ampun..yee..

Oleh kerana masalah server ini, kami akan tambahkan masa untuk mereka yang menyertai pertandingan logo sehingga 30-4-2009.

Buat perhatian pelawat, sesi bidaan ke 3 akan bermula tidak lama lagi.. tunggu!!!

Katalog untuk koleksi hafiz bulan march

Nampaknya minggu kedua, kerancakan bidaan di hafizjewel agak sedikit pudar, mungkin kerana harga semakin tinggi dan saya juga tidak sempat membalas dengan segera komen2 dan bidaan pengunjung, maaf dipinta.

Actually, saya memang baca semua komen2, walaupun kadang2 tidak sempat untuk membalasnya, ada komen-komen yang tidak sedap didengar, erm, contohnya seperti ini, “hei..ini barang curi ke?” dan satu lagi, “ini confirm barang zhulian” aduih.. my.. my.. my.. “saudara, kalau ini barangcuri, masakan kami nak paparkan didalam web, sah-sah kami memang nak cabar undang-undang .. (tiru cara kumpulan sepah, raja lawak 3 bercakap), :-) . Pasal zhulian, saya taknak komen la, hanya jauhari mengenal manikam kan.

Saya tanya hafiz, fiz, mcm mana nak jawab ek, ramai pengunjung kata ini emas betul ke emas zhulian.. hafiz kata, sepanjang dia meniaga kat Bangi ni, takde orang tanya macam tu, erm.. apa-apa pun saya faham ,  item-item ini tak dapat disentuh, cuma dapat dilihat saja di dalam dunia blog ini, tetapi saya harap pengunjung faham, kami memang meniaga barang emas yang tulen, kami tak salahkan pengunjung, pengunjung berhak bertanya apa jua soalan :-) , tetapi soalan pasal zhulian hanya boleh dijawab jika anda datang sendiri ke kedai kami di Bandar baru Bangi.

Apa-apa pun berbalik kepada tajuk diatas setelah tiga perenggan intro, ini adalah katalog-katalog koleksi hafiz bulan March ini, anda boleh download, print atau untuk tunjuk pada husband atau officemate, maybe untuk mendapat pendapat mereka sebelum memiliknya.. untuk lagi special, bagi mereka yang bakal bertunang atau berkahwin,  tanyalah buah hati anda, mana satu idaman kalbu. Ada beberapa bentuk cincin emas, cincin berlian dan emas putih. Loket, gelang, rantai biasanya kami sudah ada customer tetap so setakat ini, hafiz tidak berniat untuk mempamerkannya lagi. Apa-apa pun emas tetap berharga walau apa jua bentuknya bukan? harga emas pula akan makin tinggi dengan keadaan ekonomi sekarang ini.

Click untuk besarkan. download dan print.

brochure-1brochure-2

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • lelong item
    Lelongan siri 14: Cincin Berlian CB0806
    Terima kasih kepada semua... 
  • lelong item
    Lelongan siri 13: Loket Emas LZ0899
    Terima kasih kepada semua... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera