Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries for the ‘promosi’ Category

Jualan emas terpakai

Disertakan sebahagian koleksi emas perhiasan terpakai untuk jualan Minggu 1, Bulan Febuari 2012. Pelbagai perhiasan untuk dimiliki pada harga yang berpatutan seperti rantai leher, rantai tangan, gelang tangan, cincin dewasa, set ibu dan anak, gelang tangan budak dan sebagainya. Harga terkini jualan boleh diperolehi di laman web http://hafizgold.com/.

Promosi Ramadhan Hafiz Jewel dan Harga Emas Semasa

Alhamdulillah kami telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelanggan sempena Promosi Ramadhan Hafiz Jewel. Promosi tersebut telah diiklankan melalui akaun facebook dan flyers di kawasan sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya dsb. Promosi tersebut menawarkan diskaun harga yang amat menakjubkan utk semua emas perhiasan plain, bertatah batu ataupun jongkong kepada pelanggan yang datang membawa flyers; tuan-puan boleh lihat sendiri salinan flyers yang kami berikan di bawah. Promosi ini akan diteruskan sehingga akhir Ramadhan, insya ALLAH.

Kebanyakan pelanggan yang memperolehi flyers telah datang dan memborong hampir kesemua stok emas perhiasan 916 plain yang telah kami tawarkan. Dukacita dimaklumkan stok tersebut kini amat terhad kerana ia dijual secara first come first serve basis, siapa cepat dia dapat :) Stok ini akan dijual pada harga yg telah dijanjikan di dalam promosi sehinggalah kesemuanya habis dijual!

Berikutan permintaan pelanggan yang menggalakkan, kami akan menambah stok baru emas perhiasan 916 dalam beberapa hari lagi, dijual dengan diskaun sebanyak RM14/g dari harga emas semasa. Harga Promosi Ramadhan tidak boleh diguna pakai untuk stok baru ini, maaf ya? Selain itu, diskaun tambahan RM3/g akan diberikan kepada pelanggan yang datang membawa flyers. Kami juga masih menjual emas perhiasan berbatu dan emas jongkong dengan diskaun seperti yang diiklankan di dalam flyers.

Nampaknya harga emas telah naik mendadak dalam beberapa minggu ini. Berikut disertakan sedikit kronologi peningkatan harga emasĀ  semasa:

Minggu-2 Julai 2011: Emas999 RM177/g , Emas916 RM167/g

Minggu-4 Julai 2011: Emas999 RM183/g , Emas916 RM173/g

Minggu-1 Ogos 2011: Emas999 RM190/g , Emas916 RM180/g

Minggu-2 Ogos 2011: Emas999 RM201/g , Emas916 RM190/g

Boleh kami simpulkan, dalam tempoh 30 hari ini harga emas telah naik sebanyak 12%.

Terima kasih atas sokongan semua.

Lelongan barangan kemas Hafiz Jewel

Lelongan datang lagi!!! Lelongan kali ini menjanjikan pelbagai barangan kemas yang lebih menarik untuk dimenangi. Buat permulaan, kami bercadang untuk mengadakan 5 siri lelongan sepanjang April, Mei dan Jun 2011, harga mula bidaan dari serendah RM9.90*. Inilah peluang anda untuk memenangi barangan kemas seperti cincin, rantai dan gelang pada harga yang luar biasa!

Siri lelongan kali ini masih mengekalkan konsep seperti siri lalu, di mana pelanggan yang berdaftar dengan Facebook, Twitter dan menjadi affiliate website Hafiz Jewel akan mendapat diskaun sekiranya menang dalam lelongan tersebut. Terma dan syarat terkini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

*Gambar barangan kemas di atas adalah untuk hiasan saja. Barangan sebenar untuk bidaan akan dimaklumkan kemudian :)

Teruskan bersama kami dan nantikan kemunculannya.

Daftar sekarang di Hafizjewel Lelongan

lelong hafizjewel bersama facebook

Tinggal beberapa hari lagi untuk kami mula melelong barang-barang kemas di Hafizjewel Lelongan semurah RM9.90 setiap satu, jika anda berminat untuk mendapatkan item-item tersebut, jangan lupa untuk mendaftar..

DAFTAR SEKARANG (anda juga boleh mendaftar menggunakan akaun Facebook anda)

1. Click disini untuk mendaftar (click here)

2. Click disini untuk mendaftar menggunakan akaun Facebook (click here) scroll kebawah, sampai jumpa button facebook

3. Click disini untuk untuk mendapatkan banner hafizjewel lelongan (click here)

Lelongan amal bersama Hafizjewel

Salam sejahtera buat pelawat Hafizjewel yang dihormati. Sukacitanya kami, ingin memaklumkan bahawa bermula 5 Julai 2010 ini, kami di Hafizjewel akan mengadakan Lelongan Amal 1Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan kemas untuk anda miliki. Untuk pengetahuan anda, Lelongan amal ini akan dilakukan secara berperingkat melalui website kami sempena persedian menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak dan …………….. Selain dari itu Lelongan amal ini juga diadakan untuk menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah kebajikan bagi menyediakan prasarana, makan minum dan keperluan anak-anak yatim bermula 5 Julai dan Ogos sepanjang Bulan Ramadhan dan persedian menyambut ketibaan Aidilfitri akan datang.

Lelongan Amal Hafizjewel bermula pada 5 Julai 2010, ikuti di website kami.

Hasil dari lelongan amal ini, seratus peratus akan diserahkan kepada rumah kebajikan bagi mengurangkan beban dan tanggungan rumah Anak yatim sekitar Bangi, Kajang dan Selangor. Bagi mereka yang turut berminat untuk menyumbang didalam usaha amal bersama kami, amat-amat kami alukan.

Sedikit maklumat untuk pelawat Hafizjewel, Lelongan amal ini akan dilakukan setiap minggu sepanjang bulan Julai dan Ramadhan tahun ini, item-item yang ditawarkan akan menjadi milik pelawat yang paling tinggi membida dan hasil dari jualan tersebut akan diserahkan 100% kepada rumah kebajikan. Kami memohon jasa baik anda untuk turut serta berkongsi maklumat ini kepada mereka diluar sana.

Semoga usaha kita, amal kita bersama akan diredhai dan diberkati olehNya. dan jangan lupa, semakin tinggi bid anda semakin banyak anda dapat membantu mereka yang memerlukan. Salam mesra dari kami di Hafizjewel.

Antara barangan kemas dikedai kami yang akan dilelong

Siti bersama gelang emas dan batu permata yang bakal menjadi milik anda

Anep bersama cincin, gelang dan pelbagai barangan kemas

Gambar hiasan semata-mata

Untuk pengunjung yang belum pernah membida dilaman web kami, ikuti guide-guide dibawah untuk memudahkan anda memahami “Bagaimana lelongan diadakan”

1. Bagaimana menyertai lelongan di Hafizjewel

2. Soalan yang biasa ditanya

Related Posts with Thumbnails
  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >






New Lelong Item..

  • lelong item
    Lelongan siri 14: Cincin Berlian CB0806
    Terima kasih kepada semua... 
  • lelong item
    Lelongan siri 13: Loket Emas LZ0899
    Terima kasih kepada semua... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera