Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Lelongan barangan kemas Hafiz Jewel

Lelongan datang lagi!!! Lelongan kali ini menjanjikan pelbagai barangan kemas yang lebih menarik untuk dimenangi. Buat permulaan, kami bercadang untuk mengadakan 5 siri lelongan sepanjang April, Mei dan Jun 2011, harga mula bidaan dari serendah RM9.90*. Inilah peluang anda untuk memenangi barangan kemas seperti cincin, rantai dan gelang pada harga yang luar biasa!

Siri lelongan kali ini masih mengekalkan konsep seperti siri lalu, di mana pelanggan yang berdaftar dengan Facebook, Twitter dan menjadi affiliate website Hafiz Jewel akan mendapat diskaun sekiranya menang dalam lelongan tersebut. Terma dan syarat terkini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

*Gambar barangan kemas di atas adalah untuk hiasan saja. Barangan sebenar untuk bidaan akan dimaklumkan kemudian :)

Teruskan bersama kami dan nantikan kemunculannya.

Takziah kepada rakyat Jepun

Hafiz Jewel mengucapkan takziah kepada mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun. Bukan itu saja, mereka kini terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk dan terdedah kepada ancaman radiasi nuklear. Sehingga kini media melaporkan lebih 1000 kematian manakala puluhan ribu yg lain hilang tempat tinggal. Kami mengharapkan agar bantuan dari negara-negara luar dapat disalurkan kepada mangsa-mangsa secepat mungkin. Teruskan menderma!!

 

Saya terjumpa satu video dalam youtube, menunjukkan bagaimana tsunami besar dengan ombak setinggi 10 meter memusnahkan beberapa daerah di Jepun dengan sekelip mata.

 

Tsunami di Jepun

 

Ada yang bertanya, adakah tsunami ini memberikan kesan terhadap harga emas di pasaran? Jawapannya ya! tetapi buat masa ini kami tidak pasti samada ia akan meningkat naik atau turun.

 

Harga emas boleh meningkat naik disebabkan oleh beberapa faktor. Biasanya apabila kuasa-kuasa besar dunia seperti Jepun mengalami kejatuhan ekonomi, harga emas akan naik. Hal ini boleh dilihat pada ketika kegawatan yang menyebabkan nilai USD dan Pound sterling jatuh tidak lama dahulu, di mana harga emas telah naik. Ini disebabkan oleh bertambahnya permintaan terhadap emas kerana kejatuhan nilai matawang.

 

Harga emas mungkin juga turun kerana ada ura-ura Jepun akan menjual rizab emasnya dalam usaha memulihkan semula ekonominya. Ini akan menyebabkan lambakan emas di pasaran seterusnya menurunkan harga emas.

 

Namun yang pasti, emas memang merupakan satu aset pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan.

 

WALLAHua’lam.

Selamat Tahun Baru Cina


Kami di Hafizjewel mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelawat website kami yang berbangsa Cina, rakan-rakan business kami, tauke-tauke emas yang berkerjasama dengan kami dan terutamanya semua customer Hafizjewel di serata pelosok tanah air. Semoga sambutan Tahun Baru Cina tahun ini disambut dengan meriah bersama keluarga. Bagi mereka yang pulang ke kampung, silalah memandu berhati-hati dan diharapkan sampai ke destinasi dengan selamat.

Kepada kent & kawan, laden & kawan, Weng Kong & co terima kasih dengan hadiah buah limau yang manis :)

Kejohanan Futsal Jutawan Bersama Hafizjewel

Salam 2011 kepada semua pelawat Hafizjewel, kami ingin memaklumkan kepada pelawat yang berada di sekitar Bangi, Kajang, Cheras, Putrajaya, pada 8.1.2011 ini, Hafizjewel telah berbesar hati untuk menjadi penaja bersama bagi kejohanan Futsal Jutawan yang dianjurkan oleh rakan kami dari Ed-Alkausar Resources, jika anda berminat untuk menghantar team, menyertai pertandingan dan sebagainya anda boleh menghubungi Saudara Fazrul Nizam: 017-7597889 (Ed Alkausar Resources:penganjur).

Apa yang menarik berkenaan kejohanan ini adalah semua peserta diwajibkan menutup aurat :) .. dan juga hadiah kemenangan bernilai RM5,000.00 untuk juara, RM2000.00 untuk naib juara, RM1,000 ketiga dan RM500.00 untuk tempat keempat beserta trofi dan sijil penyertaan. Hubungi kami segera untuk jual emas lama rosak patah, emas putih, surat pajak, atau membeli emas cincin perkahwinan, cincin tunang dan barangan kemas yang lain dan harga emas terkini 2011. Hafiz – 012-3349940

[Read the rest of this entry...]

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Hafizjewel

Kami di Hafizjewel, ingin merakamkan Salam Aidiladha kepada semua pengunjung kami. Selamat Hari Raya Korban, Selamat Hari Raya Haji dan Salam Kegembiraan di Hari Raya ini.

Samada anda pulang ke kampung, beraya di bandar ataupun terpaksa bekerja di Hari Raya ini, apa yang penting, memandulah dengan berhati-hati di jalanraya.

Hari Raya Korban di Malaysia

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • lelong item
    Lelongan siri 14: Cincin Berlian CB0806
    Terima kasih kepada semua... 
  • lelong item
    Lelongan siri 13: Loket Emas LZ0899
    Terima kasih kepada semua... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera