Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Pelaburan Emas di Malaysia

Kami menerima banyak pertanyaan dari pelanggan, dari customer dan individu yang bertanyakan tentang pelaburan emas di Malaysia contohnya pelaburan emas di Public Gold, GIA Account, Maybank Gold Account dan sebagainya. Kebanyakan daripada pelaburan emas ini telah diterangkan oleh Enc Syukor Hasyim di blog beliau di Jutawan emas, bagaimana dan berapa keuntungan, saudara-saudara semua boleh merujuk di blog beliau.

Pada pendapat kami, secara konsepnya, pelaburan emas ini adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia tidak bermakna emas tersebut diniagakan dimana-mana pasaran, cuma harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai simpanan saudara. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia

Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.

Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.

Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong

Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.

Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.

Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Pelaburan emas adalah simpanan, dengan anda membeli emas, bermaksud anda membeli untuk menyimpan bagi satu tempoh masa dan jual apabila harga emas naik. Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya bila waktu sesuai untuk membeli? [Read the rest of this entry...]

Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010


Pada 2 Oktober baru-baru ini, kami di Hafizjewel  telah mengadakan Rumah Terbuka dan Majlis Sambutan Hari Raya bersama-sama dengan 7 buah rumah kebajikan dan Anak Yatim sekitar Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur.  Majlis kami yang bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di rumah Pengarah Urusan Hafizjewel, Enc. Hafiz Rashidi diadakan dengan tujuan utamanya memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim sekitar sini dan pada masa yang sama meraikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan mereka.

[Read the rest of this entry...]

Kedai emas online kini diupdate

Sedikit maklumat buat pengunjung Hafizjewel yang dihormati, setelah menanti sekian lama, kedai emas online kami yang menyediakan item-item barangan kemas dan batu permata pada harga teruja kini diuruskan oleh Saudari Siti Hajar bermula beberapa minggu yang lalu. Beliau kini sedang bertungkus lumus memasukkan semua data, gambar dan maklumat terbaru untuk pengunjung hafizjewel melihat dan memilih barangan kemas yang berkenan di hati anda.

Mengikut maklumat yang kami terima, beliau yang sedang tidak cukup tangan mengejar tempoh dateline yang ditetapkan oleh Pengarah Urusan Hafizjewel  dilaporkan masih berkesempatan untuk melayan sebarang pertanyaan dan  tempahan anda. Satu page bertajuk “saya ct” dibina di ruangan Hafizjewel Shop, untuk beliau memperkenalkan diri dan mencoret sesuatu yang menarik pada pandangan matanya untuk dikongsi bersama pengunjung.

Berminat untuk mendapatkan barangan kemas pada harga teruja? layari laman web kedai emas kami di sini.

Sebarang tempahan, anda boleh terus menulis di ruangan komen item tersebut dan kami akan membalasnya dengan segera.  Diharap dengan kakitangan dan tenaga kerja yang cukup, kami mampu memberikan servis terbaik untuk pengunjung Hafizjewel.

klik pada gambar diatas untukk ke page ct

Bunting, Facebook dan Twitter Hafizjewel

Kami bercadang untuk meletakkan bunting sekitar kawasan ofis Hafizjewel dan beberapa tempat strategik pada bahu jalan/highway untuk membantu customer yang berkunjung ke kedai kami.  Jika anda perlukan bantuan untuk sebarang direction, boleh terus menghubungi Hafiz Jewel, bantuan akan diberikan seberapa segera yang mungkin.

Bagi mereka yang berada jauh dari lembah Klang, anda dijemput untuk singgah ke laman facebook hafizjewel dimana semua item, catalog dan promosi terkini hafizjewel akan terus diupdate disitu. Kami juga menerima tempahan untuk cincin perkahwinan, cincin tunang dan barang kemas yang lain dilaman facebook. Untuk memudahkan urusan tuan-puan, tuan-puan boleh click pada menu “buy-emas” diatas dan isikan maklumat tempahan. Setiap tempahan yang diterima biasanya mengambil masa maksimum 2 minggu untuk sampai ke pintu rumah tuan-puan.

Dan…ada sedikit lagi :) .. Jangan lupa untuk ikuti perkembangan urusniaga emas tempatan melalui twitter hafizjewel. Terima kasih kepada pelawat yang sudi add kami di laman-laman social tersebut, semoga urusan dan urusniaga tuan-puan berjalan lancar hendaknya….. -Amin-

bunting hafizjewel

bunting hafizjewel

Servis baiki & kilat barang perhiasan emas

Salam hari lebaran dari kami di hafizjewel. Diharap Mood hari raya masih belum pudar lagi selepas berpuasa lebih sebulan. Selepas ini pastinya akan ada open house dimana-mana dan kami sendiri di Hafizjewel sedang menanti bos kami untuk mengadakan open house, Insyallah kami akan jemput semua pelawat Hafizjewel ke open house kami (oppss..i mean bos kami!). Insyallah.

Bagaimanapun untuk maklumat pelawat hafizjewel, kami mempunyai saudara baru di Hafizjewel, seorang tukang emas yang boleh membantu anda untuk membaiki, mengilatkan balik malah menjadikan barang kemas anda seperti baru.

Mengikut maklumat caj servis untuk mencantikkan kembali emas anda hanya sekitar RM30.00 tetapi bergantung kepada bentuk, saiz, dan jenis emas samada 916, 750, emas putih, suasa dan sebagainya.

Anda boleh bawa barang anda ke kedai emas kami, dan kami akan hubungi anda setelah selesai (bergantung item semasa yang sedang dibaiki, tetapi insyallah kami akan selesaikan segera mengikut permintaan anda)

Syazwan, tukang emas hafizjewel.

Boleh add beliau di facebook

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • lelong item
    Lelongan siri 14: Cincin Berlian CB0806
    Terima kasih kepada semua... 
  • lelong item
    Lelongan siri 13: Loket Emas LZ0899
    Terima kasih kepada semua... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera