Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Pemenang Logo Contest Hafizjewel

Pada 2 minggu lepas, pemenang bagi pertandingan logo hafizjewel iaitu Afnan Omar (http://afnanomar.wordpress.com) telah melawat ke pejabat kami untuk mengambil hadiah kemenangan beliau iaitu Cincin Berlian tajaan Hafizjewel bernilai RM1900.00 dan wang tunai bernilai RM200.00.

Cincin berlian yang ingin dihadiahkan kepada ibunya diserahkan sendiri oleh bos kami, Saudara Hafiz Rashidi. Kami mengucapkan tahniah kepada beliau. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan berjaya didalam kerjaya yang ditempuhnya.  Sekalung tahniah dari kami sekali lagi.

afnanomarAfnan Omar bersama hadiah yang dimenangi beliau (cincin berlian hafizjewel dan wang tunai)

Majlis Hari Ibu dan Bapa Tajaan Hafizjewel

Pada 10 Mei 2009, Hafizjewel telah menaja Majlis Hari Ibu dan Bapa yang diadakan di Restoran Seri Melayu. Antara artis yang turut menghiburkan peserta adalah Nabil, angah (RLawak) dan Ramlah Ram.

Ikuti berita lanjut disini. Click Here

mothers-day1

Update: lelong belum dapat diadakan

Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, lelongan ditangguhkan sekejap, sekejap sahaja, semalam, masa dan keadaan yang berlaku tidak dapat membenarkan lelongan dimulakan. Bagaimanapun bagi mereka yang sedang menunggu lelongan emas sesi ketiga ini, boleh meletakkan email anda didalam form dibawah untuk kami hubungi sebaik sahaja barang yang dilelong mula dipublishkan didalam blog kami.

Your email:

 

Sejuta kemaafan dari pihak kami. Shahrul

Sesi lelongan ketiga bakal bermula!

Salam sejahtera kepada semua pengunjung hafizjewel yang dihormati, saya ingin memaklumkan kepada anda, sesi lelongan emas ketiga bakal bermula pada Isnin 27.4.09, Ada enam bentuk emas akan dilelong kali ini, termasuk beberapa bentuk emas putih yang menjadi pilihan remaja kini.Inilah peluang anda untuk mendapatkan barangan kemas pada harga terendah, jangan lupa bid ye!!

Berita baik untuk anda, item-item kali ini tidak hanya berbentuk cincin seperti sesi lelongan-lelongan  yang terdahulu. Kali ini mungkin rantai, gelang, loket atau subang akan dilelong. Bagi mereka yang sudah mempunyai banyak koleksi cincin, mungkin item lelongan kali ini dapat menarik minat anda.

Pada mereka yang tidak mengikuti sesi lelongan Hafizjewel sebelum ini, sesi lelongan pertama dimenangi oleh mr.fazrul dan mr.perfectwater (keseluruhan) dan pada sesi lelongan kedua mr.fazrul membolot semua item yang dilelong. Nampaknya hafizjewel masih ketandusan pemenang dari pihak mrs yang sepatutnya menjadi champion dalam urusniaga emas ni. Kenapa? saya masih belum menemui jawapannya lagi.

Sedikit pembaharuan lagi, sesi lelongan kali ini akan bermula pada hari isnin, dan juga akan berakhir pada hari isnin, ini bagi memberi peluang kepada bidaan last pada hari bekerja berbeza sebelum ini, tarikh akhir bidaan biasanya pada hari ahad, iaitu hari user paling kurang online kerana masa itu mungkin untuk family yang lebih berharga dari emas, intan, berlian… :-)

Bagi anda yang belum memahami syarat untuk bidaan lelongan sila rujuk artikel ini. Selamat membida ye!

p.s: Buat saudara fazrul dan perfectwater, memang takde nak bagi can ke pembida lain ke?

Bagaimana untuk mengikuti sesi lelongan

Didalam artikel ini, saya ingin menunjukkan bagaimana proses lelongan di web hafizjewel berjalan dan fungsi-fungsi yang anda perlu tahu.

Setiap sesi lelongan barang kemas di Hafizjewel biasanya akan diadakan selama 2 Minggu iaitu bermula pada Isnin minggu pertama sehingga Isnin pada minggu ke-3, bagaimanapun sila rujuk maklumat terbaru didalam artikel yang ditulis bagi setiap sesi.

Ringkasan bagi setiap sesi lelongan.

Untuk membida mudah sahaja, anda hanya perlu menulis didalam komen box berapa bidaan anda untuk item tersebut,

eg: i want to bid this item, i offer RM12.00 (clear like this) –>state the price

tempoh bidaan adalah selama 2 minggu. Bidaan tertinggi layak memiliki item didalam koleksi kami.

Saya akan terangkan dahulu beberapa perkara penting untuk pengetahuan anda.

e.g: Start Price : RM9.90 adalah price paling rendah anda boleh membida untuk sesuatu item, sila rujuk start price bagi suatu item sebelum anda membida.

e.g: code : ini adalah kod rujukan kami untuk suatu item barangan kemas

eg: RRP: RM900.00 adalah retail price atau harga biasa item tersebut dijual.

eg: Notify me a follo…. : tandakan pada kotak ini, jika anda ingin mendapat perkembangan terkini tentang item yang anda bid (Highly recommend)

lain-lain category adalah untuk membantu anda mengetahui nilai dan ketulenan barang kemas tersebut.

Cara penyerahan barangan kemas setelah pemenang diumumkan kami lebih prefer by hand untuk sesi pertama ini bagi meningkatkan keyakinan pembeli tentang mutu emas kami, anda boleh melihat sendiri barang kemas didalam koleksi kami sebelum membayar bidaan anda, bagaimanapun anda boleh menghubungi kami untuk cara yang lain

Elakkan bertanya soalan di ruangan komen lelong item, sebaik-baiknya terus bertanya di article ini, kami akan membalas seberapa segera soalan-soalan anda.

Syarat yang paling best untuk pembida-pembida disini adalah, dengan meletakkan banner kami di blog anda, anda akan mendapat potongan 25% bagi harga setiap item yang dilelong, contohnya juka anda membida RM100, dan menan, anda hanya perlu membayar RM75.00 sahaja.

Kesilapan server berlaku di hafizjewel

Salam semua pelawat hafiz jewel, kami menghadapi masalah dengan server kami selama 2 hari dan terpaksa mengubah kepada server lain buat sementara..

server yang lama telah kehilangan hampir semua data, unfortunately, kami tidak backup semua data termasuk komen disini dan kami tidak dapat akses ke database, nampaknya kami terpaksa bermula dari scratch balik..

kami amat meminta maaf diatas masalah ini kepada pengunjung blog hafizjewel.

kami akan tingkatkan servis kami, yerla kami budak baru belajar blog blog ini.. harap ampun..yee..

Oleh kerana masalah server ini, kami akan tambahkan masa untuk mereka yang menyertai pertandingan logo sehingga 30-4-2009.

Buat perhatian pelawat, sesi bidaan ke 3 akan bermula tidak lama lagi.. tunggu!!!

Sesi lelongan emas kedua akan bermula

Ini hanyalah short-message dari saya, sukacita dimaklumkan lelongan kedua kami akan bermula pada 17 March 2009. Tunggu!!

UPDATE : Kami masih tidak dapat mengupload data, item-item untuk lelongan kedua belum lagi dapat dikemaskini harap maklum (19/3/09)

Sedikit cerita yang ingin saya kongsi, pada hari ahad yang lepas, saudara fazrul yang hyper-active disini telah membawa pulang sebentuk  cincin berlian dengan potongan “50%” dari hafizjewel.  Wah! berbaloi tak fazrul? cerita sedikit, hadiah tu untuk siapa? saudara fazrul sebenarnya berada di Permatang Pauh (kawasan panas ni!!) telah mewakilkan sahabat beliau untuk mengambil hadiah kemenangan iaitu Cincin Berlian B394 di kedai kami di bandar Baru Bangi. Tahniah kepada beliau.

Manakala saudara perfectwater yang memenangi 3 items pula akan mengambilnya pada 25-26 March ini (Bersempena Pemilihan UMNO 2008), Diharap beliau sempat ke kedai kami, kerana biasanya mereka yang terlibat 24 jam sibuk dengan urusan tersendiri. Sudilah kiranya mengunjungi kedai kami ye.

Bagi mereka yang sedang menunggu untuk mendapatkan emas pada harga yang murah, teruskan mengikuti blog ini. Jangan lupa siapkan blog masing-masing untuk dapatkan potongan promosi. (Bagi mereka yang belum mendaftar blog, inilah masa untuk anda mendaftar, mudah sahaja, hanya daftar di http://www.blogspot.com.

Tunggguuu!!!

Keputusan akhir lelongan siri pertama

Alhamdulilah, sudah 2 minggu saya ternanti saat ini untuk mengumumkan pemenang bagi siri lelongan pertama di hafizjewel. Ini first time saya mengelolakan segmen lelong-melelong ini, walaupun tidaklah sehebat di lelong.com.my tetapi bangga juga kerana respon baik yang diterima dari pembida di blog yang baru berusia 2 minggu ini. he he he

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, tidak cukup melalui ruangan komen dan email, telefon kami turut berdering bertanyakan emas yang dilelong. Berbalik kepada awal story, niat kami melelong adalah untuk meningkatkan blog kami dilinkkan pada blog/website pembida, sbb itu wujud promosi 50% dan 25% itu, kami mmg dari awal berniat untuk melelong dengan harga paling murah, dari segi link blog ini, nampaknya masih banyak improvement kami perlu lakukan di masa akan datang.

Tetapi dari respon yang diterima, ramai yang membida tahu bahwa value emas yang dilelong adalah tinggi, dan masing2 tidak melepas peluang untuk membida pada harga yang mereka mampu. Dan akhir sekali keputusannya, harga yang dibida tetap berada dibawah value sebenar dan the winner are so much lucky! caya lah..

Berikut adalah keputusan pemenang emas hafizjewel di lelongan siri pertama

Cincin Emas Code B394 –> Fazrul RM411.11
Cincin Emas Code 397 –> perfectwater RM301.31
Cincin Emas Code 391 –> perfectwater RM265.65
Cincin Emas Code 366 –> perfectwater RM325.25

Insyallah jika ada kesempatan masa dan pemenang bersetuju, saya akan mengambil beberapa keping gambar untuk dipaparkan didalam blog ini, semasa barang kemas tersebut diserahkan kepada pemenang.

Siri kedua akan menyusul selepas ini, sila tunggu ye, selalulah melawati blog hafizjewel. We buy gold at the highest price! contact us 0123349940

Sedikit rumusan/fakta dalam tempoh lelongan.

1. sambutan pada minggu pertama sangat menggalakkan, kebanyakannya wanita yang membida. bukan saja di semenanjung disabah pun ada. Tetapi akhir keputusan tiada wanita yang menang, ah why? ke nak saya tukar bidaan kepada bentuk sms ni, barulah wanita jadi jagoan kot..

2. seramai 8,108 unique visitor melawat blog ini dalam tempoh 2 minggu.

3. Pada isnin 2 March 2009, adalah hari paling ramai dilawati visitor, seramai 1,334 orang

4. Kami dapati kebanyakan visitor kurang arif mengenai blog dan simple code, isnyallah next time kami akan sediakan code untuk dicopy paste.

5. User paling aktif, fazrul, perfectwater, azam, julia (last minute), azam.

Apa-apa pun terima kasih diatas segala respon, kami akan berusaha untuk membaiki mana yang kurang untuk masa akan datang.. salam ukhuwah dari hafizjewel.





New Lelong Item..

  • lelong item
    Rantai emas ERP0085
    Start Price: RM19.90 Dari... 
  • lelong item
    Gelang emas EPG0161
    Start Price : RM39.90 Dolphin... 
  • lelong item
    Cincin emas CZ0478
    Start Price : RM19.90 Dari... 
  • lelong item
    Cincin emas CZ0513
    Start Price : RM9.90 Dari...