Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Sesi lelongan sudah tamat

Salam dan selamat sejahtera, sesi lelongan pertama blog hafizjewel telah tamat pada 11.59pm (9-3-09), saya akn update segala keputusan dengan segera. Sekian dan harap maklum

Katalog untuk koleksi hafiz bulan march

Nampaknya minggu kedua, kerancakan bidaan di hafizjewel agak sedikit pudar, mungkin kerana harga semakin tinggi dan saya juga tidak sempat membalas dengan segera komen2 dan bidaan pengunjung, maaf dipinta.

Actually, saya memang baca semua komen2, walaupun kadang2 tidak sempat untuk membalasnya, ada komen-komen yang tidak sedap didengar, erm, contohnya seperti ini, “hei..ini barang curi ke?” dan satu lagi, “ini confirm barang zhulian” aduih.. my.. my.. my.. “saudara, kalau ini barangcuri, masakan kami nak paparkan didalam web, sah-sah kami memang nak cabar undang-undang .. (tiru cara kumpulan sepah, raja lawak 3 bercakap), :-) . Pasal zhulian, saya taknak komen la, hanya jauhari mengenal manikam kan.

Saya tanya hafiz, fiz, mcm mana nak jawab ek, ramai pengunjung kata ini emas betul ke emas zhulian.. hafiz kata, sepanjang dia meniaga kat Bangi ni, takde orang tanya macam tu, erm.. apa-apa pun saya faham ,  item-item ini tak dapat disentuh, cuma dapat dilihat saja di dalam dunia blog ini, tetapi saya harap pengunjung faham, kami memang meniaga barang emas yang tulen, kami tak salahkan pengunjung, pengunjung berhak bertanya apa jua soalan :-) , tetapi soalan pasal zhulian hanya boleh dijawab jika anda datang sendiri ke kedai kami di Bandar baru Bangi.

Apa-apa pun berbalik kepada tajuk diatas setelah tiga perenggan intro, ini adalah katalog-katalog koleksi hafiz bulan March ini, anda boleh download, print atau untuk tunjuk pada husband atau officemate, maybe untuk mendapat pendapat mereka sebelum memiliknya.. untuk lagi special, bagi mereka yang bakal bertunang atau berkahwin,  tanyalah buah hati anda, mana satu idaman kalbu. Ada beberapa bentuk cincin emas, cincin berlian dan emas putih. Loket, gelang, rantai biasanya kami sudah ada customer tetap so setakat ini, hafiz tidak berniat untuk mempamerkannya lagi. Apa-apa pun emas tetap berharga walau apa jua bentuknya bukan? harga emas pula akan makin tinggi dengan keadaan ekonomi sekarang ini.

Click untuk besarkan. download dan print.

brochure-1brochure-2

Koleksi emas hafizjewel bulan March

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung hafizjewel, saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan  “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan ” koleksi Hafizjewel bagi bulan March 2009″.

banner-march1

Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara hafiz, pemilik blog ini, diatas kehadiran cahaya mata kedua, seorang puteri pada 10.13 am 26/02/2009.  Semoga anda sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberkati selalu. kata orang tua, bila anak2 lahir ni rezeki makin murah. insyallah murah rezeki ko ye fiz. -amin-

Setelah mengambil sedikit masa untuk menyediakan posting-posting berkenaan dengan promosi lelong kami pada bulan yang lepas, saya telah diminta oleh Hafiz untuk meletakkan beberapa koleksi hafizjewel didalam blog ini, saya terfikir untuk menyediakan platform seperti ecommerce, tetapi saya  rasanya di Malaysia ni, kita mungkin jarang atau mudah dikata belum lagi bersedia sepenuhnya untuk membeli item2 secara online lebih-lebih lagi item berbentuk emas, intan dan permata. Yela harga pun mahal, at least nak tengok, sentuh dulu, tilik2 guna mata (bagi perempuan), kalau lelaki mungkin tilik2 harga “saja”.

Oleh itu, saya berpendapat lebih baik saya mengekalkan penggunaan posting blog, yang mungkin lebih friendly kepada pelawat hafizjewel, berbanding platform kedai online. Kali ini untuk memaparkan koleksi hafizjewel bulan march , saya telah publishkan melalui system blogging yang biasa bersama dengan beberapa tweak yang mungkin berguna. Sila rujuk pada page “FAQ“, untuk lebih memahami caranya.

bagi koleksi hafizjewel, Ia tidak sama dengan lelong, tiada sebarang bidaan diterima (saya tujukan khas untuk saudara fazrul, tiada final bid disini okay) dan promosi 50% atau 25% pun tidak digunapakai disini. Anda masih boleh menawar melalui ruangan komen, tetapi hafiz tidak semestinya menerima tawaran anda. Jika anda bersetuju dengan harga kami, automatik anda boleh contact kami samada melalui form “Buy This” ataupun telefon sahaja no. tertera diatas.

Didalam koleksi Hafizjewel March, saya telah meletakkan hampir 40 items, dan mungkin akan bertambah lagi. Kebanyakan barangan adalah cincin emas, cincin berlian dan beberapa item emas putih.

Item special untuk bulan ini adalah set barang kemas EP49, iaitu set emas putih yang terdiri dari Rantai, cincin dan subang. Very colourful dan menggunakan beberapa jenis batu seperti Diamond + Topaz + Amethyst dan Ruby. Harga satu set ini adalah RM3499.00. Details: Click Here

Sebarang persoalan mengenai Koleksi hafizjewel March 2009 sila tinggalkan disini, saya akan berusaha menjawab secepat mungkin.

Sesi lelongan bermula! sebarang soalan?

Promosi, jika anda membida barang kemas disini, anda layak mendapat potongan 50% (week 1) daripada bidaan anda pada suatu item, jika! jika anda menulis artikel bertajuk “Jual beli emas di hafizjewel” didalam blog anda dan link kan ke blog ini. Layannn..cheat code disini! fahamilah..

Seperti yang telah kami janjikan, untuk mempromosikan blog kami yang masih baru bertatih ini, kami telah mula melelong 4 items dalam koleksi kami dahulu, insyallah akan datang kami akan teruskan dengan item-item yang lain.

Untuk membida mudah sahaja, anda hanya perlu menulis didalam komen box berapa bidaan anda untuk item tersebut,

eg: i want to bid this item, i offer RM12.00 (clear like this) –>state the price

tempoh bidaan adalah selama 2 minggu (24 Feb – 9 March 2009). Bidaan tertinggi layak memiliki item didalam koleksi kami.

Saya akan terangkan dahulu beberapa perkara penting untuk pengetahuan anda.

e.g: Start Price : RM9.90 adalah price paling rendah anda boleh membida untuk sesuatu item, sila rujuk start price bagi suatu item sebelum anda membida.

e.g: code : ini adalah kod rujukan kami untuk suatu item barangan kemas

eg: RRP: RM900.00 adalah retail price atau harga biasa item tersebut dijual.

eg: Notify me a follo…. : tandakan pada kotak ini, jika anda ingin mendapat perkembangan terkini tentang item yang anda bid (Highly recommend)

lain-lain category adalah untuk membantu anda mengetahui nilai dan ketulenan barang kemas tersebut.

Cara penyerahan barangan kemas setelah pemenang diumumkan kami lebih prefer by hand untuk sesi pertama ini bagi meningkatkan keyakinan pembeli tentang mutu emas kami, anda boleh melihat sendiri barang kemas didalam koleksi kami sebelum membayar bidaan anda, bagaimanapun anda boleh menghubungi kami untuk cara yang lain

Elakkan bertanya soalan di ruangan komen lelong item, sebaik-baiknya terus bertanya di article ini, kami akan membalas seberapa segera soalan-soalan anda.

Maaf kerana gambar yang diambil tidak seberapa cantik ini kerana ia adalah kerja amatur, kami ambil sendiri menggunakan kamera digital olympus, dan diphotoshopkan untuk memperkemaskannya seperti keadaan asal.

Ini adalah gambar asal yang diambil, little bit gelap kerana waktu itu hujan di area Bangi.

Before and after

Bida item yang anda suka sekarang, jangan ambil masa, you not lost anything, oleh kerana blog ini masih lagi awal, dan user yang melawat masih lagi kecil, peluang anda untuk menang amatlah cerah..

Budi bicara anda amatlah dihargai sepanjang berada didalam blog ini, semoga kita bersama mendapat manfaat daripada urusniaga yang bersih dan lancar. Sekian. Tinggalkan sebarang soalan atau komen disini yee :-)

Promosi: jika anda menulis mengenai blog kami di blog anda dengan article bertajuk “jual beli emas di hafizjewel”, anda akan mendapat potongan sebanyak

50% jika article ditulis sebelum 02-03-09

25% jika article ditulis selepas itu

Promosi ini sah untuk session ini sahaja okay.. eg: jika anda membida RM100.00 item a, anda hanya perlu bayar RM50.00 kepada kami, thats it :-)

Set Barang Kemas EP49

Our Price :  RM3499.00

Set barang kemas : Rantai + Cincin + Subang

Code : EP49

Carat : 750 White Gold

Weight: 17.6 gms

Stone: Diamond + Topaz + Amethyst + Ruby

Price : RM3499.00

RRP :    RM6000.00 (Retail Price)

Please read here first before continue to buy this item

Subang EP54

Our Price :  RM499.00

p1010255Dari hadapan

p1010256Dari sisi

Code : EP54

Carat : 18K White Gold

Weight: 2.5 gms

Stone: Sapphire + Diamond

Price : RM499.00

RRP :   RM850.00  (Retail Price)

Please read here first before continue to buy this item

Cincin EP52

Our Price :  RM289.00

p1010251Dari hadapan

p1010253Dari sisi

Code : EP52

Carat : 18K White Gold

Weight: 1.2 gms

Stone: Sapphire

Price : RM289.00

RRP :    RM399.00 (Retail Price)

Please read here first before continue to buy this item

Cincin EP62

Our Price :  RM999.00

p1010249Dari hadapan

p1010250Dari sisi

Code :  EP62

Carat : 18K White Gold

Weight: 5.3 gms

Stone: Jade

Price : RM999.00

RRP :   RM1900.00 (Retail Price)

Please read here first before continue to buy this item





New Lelong Item..

  • lelong item
    Rantai emas ERP0085
    Start Price: RM19.90 Dari... 
  • lelong item
    Gelang emas EPG0161
    Start Price : RM39.90 Dolphin... 
  • lelong item
    Cincin emas CZ0478
    Start Price : RM19.90 Dari... 
  • lelong item
    Cincin emas CZ0513
    Start Price : RM9.90 Dari...