Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Kesilapan server berlaku di hafizjewel

Salam semua pelawat hafiz jewel, kami menghadapi masalah dengan server kami selama 2 hari dan terpaksa mengubah kepada server lain buat sementara..

server yang lama telah kehilangan hampir semua data, unfortunately, kami tidak backup semua data termasuk komen disini dan kami tidak dapat akses ke database, nampaknya kami terpaksa bermula dari scratch balik..

kami amat meminta maaf diatas masalah ini kepada pengunjung blog hafizjewel.

kami akan tingkatkan servis kami, yerla kami budak baru belajar blog blog ini.. harap ampun..yee..

Oleh kerana masalah server ini, kami akan tambahkan masa untuk mereka yang menyertai pertandingan logo sehingga 30-4-2009.

Buat perhatian pelawat, sesi bidaan ke 3 akan bermula tidak lama lagi.. tunggu!!!

Sesi lelongan emas kedua akan bermula

Ini hanyalah short-message dari saya, sukacita dimaklumkan lelongan kedua kami akan bermula pada 17 March 2009. Tunggu!!

UPDATE : Kami masih tidak dapat mengupload data, item-item untuk lelongan kedua belum lagi dapat dikemaskini harap maklum (19/3/09)

Sedikit cerita yang ingin saya kongsi, pada hari ahad yang lepas, saudara fazrul yang hyper-active disini telah membawa pulang sebentuk  cincin berlian dengan potongan “50%” dari hafizjewel.  Wah! berbaloi tak fazrul? cerita sedikit, hadiah tu untuk siapa? saudara fazrul sebenarnya berada di Permatang Pauh (kawasan panas ni!!) telah mewakilkan sahabat beliau untuk mengambil hadiah kemenangan iaitu Cincin Berlian B394 di kedai kami di bandar Baru Bangi. Tahniah kepada beliau.

Manakala saudara perfectwater yang memenangi 3 items pula akan mengambilnya pada 25-26 March ini (Bersempena Pemilihan UMNO 2008), Diharap beliau sempat ke kedai kami, kerana biasanya mereka yang terlibat 24 jam sibuk dengan urusan tersendiri. Sudilah kiranya mengunjungi kedai kami ye.

Bagi mereka yang sedang menunggu untuk mendapatkan emas pada harga yang murah, teruskan mengikuti blog ini. Jangan lupa siapkan blog masing-masing untuk dapatkan potongan promosi. (Bagi mereka yang belum mendaftar blog, inilah masa untuk anda mendaftar, mudah sahaja, hanya daftar di http://www.blogspot.com.

Tunggguuu!!!

Keputusan akhir lelongan siri pertama

Alhamdulilah, sudah 2 minggu saya ternanti saat ini untuk mengumumkan pemenang bagi siri lelongan pertama di hafizjewel. Ini first time saya mengelolakan segmen lelong-melelong ini, walaupun tidaklah sehebat di lelong.com.my tetapi bangga juga kerana respon baik yang diterima dari pembida di blog yang baru berusia 2 minggu ini. he he he

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, tidak cukup melalui ruangan komen dan email, telefon kami turut berdering bertanyakan emas yang dilelong. Berbalik kepada awal story, niat kami melelong adalah untuk meningkatkan blog kami dilinkkan pada blog/website pembida, sbb itu wujud promosi 50% dan 25% itu, kami mmg dari awal berniat untuk melelong dengan harga paling murah, dari segi link blog ini, nampaknya masih banyak improvement kami perlu lakukan di masa akan datang.

Tetapi dari respon yang diterima, ramai yang membida tahu bahwa value emas yang dilelong adalah tinggi, dan masing2 tidak melepas peluang untuk membida pada harga yang mereka mampu. Dan akhir sekali keputusannya, harga yang dibida tetap berada dibawah value sebenar dan the winner are so much lucky! caya lah..

Berikut adalah keputusan pemenang emas hafizjewel di lelongan siri pertama

Cincin Emas Code B394 –> Fazrul RM411.11
Cincin Emas Code 397 –> perfectwater RM301.31
Cincin Emas Code 391 –> perfectwater RM265.65
Cincin Emas Code 366 –> perfectwater RM325.25

Insyallah jika ada kesempatan masa dan pemenang bersetuju, saya akan mengambil beberapa keping gambar untuk dipaparkan didalam blog ini, semasa barang kemas tersebut diserahkan kepada pemenang.

Siri kedua akan menyusul selepas ini, sila tunggu ye, selalulah melawati blog hafizjewel. We buy gold at the highest price! contact us 0123349940

Sedikit rumusan/fakta dalam tempoh lelongan.

1. sambutan pada minggu pertama sangat menggalakkan, kebanyakannya wanita yang membida. bukan saja di semenanjung disabah pun ada. Tetapi akhir keputusan tiada wanita yang menang, ah why? ke nak saya tukar bidaan kepada bentuk sms ni, barulah wanita jadi jagoan kot..

2. seramai 8,108 unique visitor melawat blog ini dalam tempoh 2 minggu.

3. Pada isnin 2 March 2009, adalah hari paling ramai dilawati visitor, seramai 1,334 orang

4. Kami dapati kebanyakan visitor kurang arif mengenai blog dan simple code, isnyallah next time kami akan sediakan code untuk dicopy paste.

5. User paling aktif, fazrul, perfectwater, azam, julia (last minute), azam.

Apa-apa pun terima kasih diatas segala respon, kami akan berusaha untuk membaiki mana yang kurang untuk masa akan datang.. salam ukhuwah dari hafizjewel.

Sesi lelongan sudah tamat

Salam dan selamat sejahtera, sesi lelongan pertama blog hafizjewel telah tamat pada 11.59pm (9-3-09), saya akn update segala keputusan dengan segera. Sekian dan harap maklum

Katalog untuk koleksi hafiz bulan march

Nampaknya minggu kedua, kerancakan bidaan di hafizjewel agak sedikit pudar, mungkin kerana harga semakin tinggi dan saya juga tidak sempat membalas dengan segera komen2 dan bidaan pengunjung, maaf dipinta.

Actually, saya memang baca semua komen2, walaupun kadang2 tidak sempat untuk membalasnya, ada komen-komen yang tidak sedap didengar, erm, contohnya seperti ini, “hei..ini barang curi ke?” dan satu lagi, “ini confirm barang zhulian” aduih.. my.. my.. my.. “saudara, kalau ini barangcuri, masakan kami nak paparkan didalam web, sah-sah kami memang nak cabar undang-undang .. (tiru cara kumpulan sepah, raja lawak 3 bercakap), :-) . Pasal zhulian, saya taknak komen la, hanya jauhari mengenal manikam kan.

Saya tanya hafiz, fiz, mcm mana nak jawab ek, ramai pengunjung kata ini emas betul ke emas zhulian.. hafiz kata, sepanjang dia meniaga kat Bangi ni, takde orang tanya macam tu, erm.. apa-apa pun saya faham ,  item-item ini tak dapat disentuh, cuma dapat dilihat saja di dalam dunia blog ini, tetapi saya harap pengunjung faham, kami memang meniaga barang emas yang tulen, kami tak salahkan pengunjung, pengunjung berhak bertanya apa jua soalan :-) , tetapi soalan pasal zhulian hanya boleh dijawab jika anda datang sendiri ke kedai kami di Bandar baru Bangi.

Apa-apa pun berbalik kepada tajuk diatas setelah tiga perenggan intro, ini adalah katalog-katalog koleksi hafiz bulan March ini, anda boleh download, print atau untuk tunjuk pada husband atau officemate, maybe untuk mendapat pendapat mereka sebelum memiliknya.. untuk lagi special, bagi mereka yang bakal bertunang atau berkahwin,  tanyalah buah hati anda, mana satu idaman kalbu. Ada beberapa bentuk cincin emas, cincin berlian dan emas putih. Loket, gelang, rantai biasanya kami sudah ada customer tetap so setakat ini, hafiz tidak berniat untuk mempamerkannya lagi. Apa-apa pun emas tetap berharga walau apa jua bentuknya bukan? harga emas pula akan makin tinggi dengan keadaan ekonomi sekarang ini.

Click untuk besarkan. download dan print.

brochure-1brochure-2

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • lelong item
    Rantai emas ERP0085
    Start Price: RM19.90 Dari... 
  • lelong item
    Gelang emas EPG0161
    Start Price : RM39.90 Dolphin... 
  • lelong item
    Cincin emas CZ0478
    Start Price : RM19.90 Dari... 
  • lelong item
    Cincin emas CZ0513
    Start Price : RM9.90 Dari... 
  • Follow Us