Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Lelongan siri 4 bermula esok!!!

Detik yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Insya ALLAH Hafiz Jewel akan memulakan lelongan siri 4 akan memulakan lelongan siri 4 pada hari esok, Jumaat 15 April 2011 tepat jam 12:00 tengahari. Berikut disertakan gambar item lelongan, sebentuk cincin yang bakal dimenangi oleh salah seorang dari anda. Menariknya seperti yang dijanjikan, cincin ini akan dibida pada harga mula yg begitu menakjubkan, RM9.90 sahaja.

Diperkenalkan…..

Maklumat lanjut akan dimaklumkan esok pagi, sebelum bidaan dimulakan. Harap bersabar :)
Lelongan akan berlangsung selama lebih kurang 2 minggu, akan tamat pada jam 11:59 tengah hari, Jumaat 29 April 2011.

Tahniah Sebastian Vettel juara F1 Sepang

Hafiz Jewel mengucapkan tahniah kepada Sebastian Vettel yang telah menjadi juara siri perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang semalam. Pemandu pasukan Redbull Racing ini mendahului di  hadapan sejak di petak mula lagi. Di tempat kedua adalah Jensen Button, pemandu Mclaren manakala di tempat ketiga pula Nick Heidfield, pemandu Lotus Renault GP. Berikut disertakan sedutan klip video yang diambil dari grandstand view.

Terima kasih atas tajaan tiket dan makan oleh En Hakim dari Petronas. Juga kepada bos yg telah membenarkan saya ambil emergency leave semalam hehehe…

Lelongan Hafiz Jewel siri 4: Diskaun 15%

Insya ALLAH lelongan siri 4 akan dimulakan pada Jumaat, 15/04/2011 jam 12:00 tengahari dan berlangsung selama 2 minggu. Kami akan maklumkan sebarang maklumat terkini secepat mungkin.

Berdaftarlah dgn Hafiz Jewel  di facebook and program affiliate untuk mendapat diskaun sehingga 15% sekiranya anda menang dalam mana-mana bidaan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman affiliate kami. Perlu diingatkan perdaftaran mestilah tidak kurang dari 7 hari sebelum bermulanya sesuatu siri bidaan untuk melayakkan anda mendapat diskaun tersebut. Ini bermakna, untuk bidaan siri 4 ini, anda perlu mendaftar selewat-lewatnya pada 08/04/2011. Jangan bimbang, sekiranya terlepas anda masih berpeluang utk mendapat diskaun pada siri-siri berikutnya.

Inilah peluang anda utk menangi barang kemas dengan kualiti yg baik pada harga yang menakjubkan. Jangan lupa, simpan tarikh-tarikh penting ini di dalam diari anda!!!

**Kami mengalami masalah server dgn program affiliate terdahulu, amatlah diharapkan kepada rakan-rakan affiliate yg telah berdaftar sebelum ini untuk mendaftar semula. Mohon maaf atas sebarang kesulitan yg dialami.

Maklumat terperinci berkenaan bidaan Hafiz Jewel boleh diperolehi dari artikel berkategori ‘lelong’.

Emas: Satu Pelaburan Selamat

Kestabilan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada pelbagai faktor, namun ia boleh goyah dan mungkin jatuh merudum dalam masa sehari saja. Beberapa contoh yang kita lihat sejak akhir-akhir ini; krisis di Timur Tengah, tsunami di Jepun, gempa bumi di Myanmar dan kemarau serta banjir di Thailand telah sedikit sebanyak mempengaruhi nilai matawang di pasaran dunia. Kita mohon pada ALLAH agar memelihara kita dan menjauhkan bala bencana tersebut dari Malaysia yang tercinta. Aminnn…..

Kita juga melihat bagaimana negara-negara Eropah seperti Greece, Ireland dan Portugal terpaksa meminta bantuan kewangan dalam usaha menstabilkan semula kedudukan ekonomi dan mengekang tekanan inflasi. Dalam pada itu, rakyat mereka berhadapan dengan pemotongan ‘benefit’ dan pencen, selain kenaikan cukai.Hal ini tidak mustahil berlaku di mana-mana negara jika pengurusan ekonomi tidak dijalankan dengan cekap.

Justeru itu, kami di Hafiz Jewel ingin mengulangi pendirian bahawa emas merupakan satu pelaburan jangka panjang yang bijak dan selamat. Rekod menunjukkan pelaburan emas tidak terlalu terpengaruh walaupun ketika dunia mengalami pergolakan dan inflasi. Harganya secara relatif, semakin meningkat naik saban hari dan permintaan yang tinggi, selain boleh dimiliki secara fizikal membuatkan ianya semakin mendapat perhatian di kalangan pelabur.

Saya telah menyediakan sedikit analisis yg diperolehi dari dua laman sesawang pelaburan emas terkemuka; http://www.kitco.com/ dan http://www.goldprice.org/. Rekod menunjukkan kenaikan harga emas dalam suatu jangka waktu. Sebagai contoh, analisis yg dilakukan pada 27/03/2011 menunjukkan kenaikan harga lebih kurang 1.31% hingga 1.75% bagi tempoh 30 hari. Untuk tempoh setahun, harga emas telah meningkat sebanyak 31.6% – 31.9% dan direkodkan sehingga 156.82% dalam tempoh 5 tahun. Nilainya akan berbeza setiap hari kerana analisis ini merupakan day to day basis, namun bacaan yg lebih meyakinkan boleh diperolehi dari analisis jangka masa panjang . Untuk pembacaan lebih terperinci boleh lawati link yang disertakan di atas.

Carta juga menunjukkan harga emas telah mengalami penurunan pada pertengahan bulan ini (ketika tsunami melanda Jepun dan persetujuan NATO untuk menyerang tentera Libya). Jadi inilah masa yang sesuai untuk memulakan pelaburan emas anda! Bagi mereka yang telah pun bersama kami, gunakan kesempatan ini untuk menambah aset pelaburan anda.

Lelongan Hafiz Jewel sesi 4: Pengenalan

Di dalam artikel ini, saya ingin menerangkan perjalanan proses lelongan Hafiz Jewel dan fungsi-fungsi yang anda perlu tahu.

Tempoh setiap sesi lelongan barang kemas di Hafizjewel biasanya adalah selama 2 minggu, jadi terdapat 2 barangan kemas untuk dimenangi setiap bulan. Bagaimanapun kami akan memaklumkan segera sekiranya ada sebarang perubahan.
Ringkasan bagi setiap sesi lelongan.

Untuk membida mudah sahaja, anda hanya perlu menulis di dalam komen box berapa bidaan anda untuk item tersebut. Pastikan anda membida pada komen box untuk barangan yang betul . Sila nyatakan bidaan anda dengan jelas, sebagai contoh:

eg: saya bida barangan ini pada harga RMXXX (jelas dan nyata).

Bidaan tertinggi dikira pemenang dan akan memiliki item tersebut.

Saya akan terangkan dahulu beberapa perkara penting untuk pengetahuan anda.

e.g: Start Price : RM9.90 adalah price paling rendah anda boleh membida untuk sesuatu item, sila rujuk start price bagi suatu item sebelum anda membida.

e.g: code : ini adalah kod rujukan kami untuk suatu item barangan kemas

eg: RRP: RM900.00 adalah retail price atau harga biasa item tersebut dijual.

eg: Notify me a follo…. : tandakan pada kotak ini, jika anda ingin mendapat perkembangan terkini tentang item yang anda bid (Highly recommended)

lain-lain category adalah untuk membantu anda mengetahui nilai dan ketulenan barang kemas tersebut.

Cara penyerahan barangan kemas setelah pemenang diumumkan kami prefer by hand untuk sesi ini bagi meningkatkan keyakinan pembeli tentang mutu emas kami, anda boleh melihat sendiri barang kemas didalam koleksi kami sebelum membayar bidaan anda, bagaimanapun anda boleh menghubungi kami untuk cara yang lain

Elakkan bertanya soalan di ruangan komen lelong item, sebaik-baiknya terus bertanya di article ini, kami akan membalas seberapa segera soalan-soalan anda.

Syarat yang paling best untuk pembida-pembida disini adalah, dengan meletakkan banner kami di blog anda (menjadi affiliate kami), anda akan mendapat potongan 10% bagi harga setiap item yang dilelong. Sekiranya anda adalah friend kami di Facebook pula, anda akan mendapat potongan 5%. Jadi sekiranya anda adalah sertai kedua-duanya anda akan mendapat diskaun berjumlah 15%, banyak tu. Sebagai contoh jika anda membida RM100 dan menang, anda hanya perlu membayar RM85.00 sahaja.

Budi bicara tuan-puan amatlah kami hargai sepanjang proses ini.
Sekian dulu buat ketika ini.

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • lelong item
    Lelongan siri 14: Cincin Berlian CB0806
    Terima kasih kepada semua... 
  • lelong item
    Lelongan siri 13: Loket Emas LZ0899
    Terima kasih kepada semua... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera