Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries Tagged ‘harga emas’

Emas nugget palsu jangan tertipu

Saya baru sahaja kembali ke ofis dari bandar kajang, membeli coolblog (wah! bersama membantu promosi air coolblog di Metro Kajang oleh usahawan bumiputra) naik sahaja ke ofis dengan tercungap-cungap saya masuk ke bilik bos, buka saja pintu saya lihat Anep memegang sebungkus nugget emas (dah macam nugget KFC je saya tengok). “Wah, mana dapat ni Nep”, bukan senang nak tengok berketul-ketul nugget ditabur diatas meja (rasa nak kutip je ahahah).

Lantas saya bertanya, “sapa pergi mendulang ni?”, saya terus ambil satu nugget sambil membelek depan belakang, rasa nak gigit pun ada sebab nak test ketulenan emas, orang tua kata emas ni lembut dan boleh digigit, kenala try kan :) . Selepas belek 2-3minit, saya rasa  lain macam je nugget ni, saya ambil batu hitam, gores sedikit, emmmm..ada colour emas, tapi masih tak berani untuk akui ketulenan nugget, anep buat muka sifar, hafiz pun buat muka sifar, saya rasa tak berpuas hati dengan ujian batu hitam ni je, saya ambil asid dan buat ujian sekali lagi. Goresan tersebut hilang, padam, lesap, meruap, cair atau apa sahaja bahasa yang sesuai kerana saya rasa kecewa warna emas tersebut luntur. SAH dan MAKIN SAH nugget ini palsu, bukan emas tetapi tembaga kuning yang biasa orang guna untuk menghasilkan emas palsu.

Sekali lagi rasa kecewa, siapalah yang sanggup buat sampai ke bentuk nugget untuk dijual kepada orang diluar sana, sekali tengok ia memang mudah untuk dianggap sebagai emas, dah jika ditoreh pun anda maybe masih ragu-ragu, tetapi jika ujian asid dijalankan, terbukti barang ini bukannya emas tulen tetapi tembaga kuning atau “copper pyrites” iaitu tembaga solid yang agak berat dan akan bertukar warna kepada hijau pada ujian asid (copper sulfate) untuk menguji ketulenan emas.

Saya lampirkan sedikit gambar nugget tersebut untuk pelawat Hafizjewel, Hati-hati jika ada mana-mana sipolan cuba menjual kepada anda.

nugget emas palsu dalam bentuk chips

nugget emas palsu dalam bentuk chips

Penjualnya mungkin akan cuba meyakinkan anda bahawa emas itu tulen (gambar hiasa, model: anep)

Penjualnya mungkin akan cuba meyakinkan anda bahawa emas itu tulen (gambar hiasan, model: anep)

Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas, tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid

Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas, tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid

Perangi emas palsu dipasaran negara

Perangi emas palsu dipasaran negara

Hati-hati ketika membeli emas, bawa mereka yang lebih mahir jika ada yang datang menemui anda menawarkan emas nugget pada harga yang murah, mereka mungkin cuba memerangkap anda.

Penaiktarafan hafizjewel shop2

Buat maklumat pengunjung hafizjewel, kami sedang menaiktarafkan shop2 hafizjewel anda boleh melayari our online shop dengan klik button shop di sebelah kanan.

untuk tempahan atau pembelian, anda boleh menulis comment di setiap item yang disukai, kami akan reply comment anda secepat mungkin.

Jika kami lambat membalas email anda, anda boleh terus sms kepada hafiz: 012-3349940 atau shahrul 012-2301015.

Terima kasih dan Selamat Bercuti untuk Tahun Baru Cina akan datang. Berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung.

Etika Emas Estet

Ramai yang bertanya berkenaan pelaburan emas melalui etika emas didalam website kami.  Pelaburan emas jongkong 999 yang dianjurkan oleh etika emas didalam ruangan Berita Harian Januari 2009 menarik minat masyarakat untuk terlibat didalam pelaburan emas fizikal.  Pada bulan Julai 2009, Bank Negara telah melancarkan siasatan keatas syarikat Etika Emas diatas akta pengambilan deposit secara haram sekaligus membekukan akaun syarikat (dinafikan oleh Etika Emas). Krisis yang masih berlarutan menyebabkan pelabur mencari alternatif lain untuk mengelakkan kerugian dan pada masa yang sama mendapatkan semula capital yang dilaburkan.

Ada beberapa cara alternatif untuk pelabur etika emas antaranya

1. Berurusan dengan Koperasi Etika Emas

2. Berurusan dengan pihak ketiga (seperti kami)

3. Teruskan membayar upah simpan Ar-Rahnu sehingga harga naik.

4. Menebus sendiri emas dan menyimpannya.

5. Tunggu sehingga barang dilelong.

Untuk berurusan berkenaan etika emas dengan sila isikan borang berikut. Kami akan hubungi untuk maklumat lanjut.

Your Name (required)

Your Email (required)

Your Phone Number (required)

Your Location

Your Message (Berat:gram, Kualiti:916,750,emas putih)

captcha

Sila tuliskan huruf diatas didalam box dibawah untuk pengesahan

Tahukah anda? Jika anda memerlukan respons segera berkenaan harga, cara berurusan, khidmat nasihat dan pandangan, anda boleh klik link chat untuk terus berkomunikasi dengan saya. Saya biasanya online. (click here)

Keputusan lelongan emas Raya 2009

Setelah diperkenan oleh yang berusaha, bos besar kami, saudara Hafiz Rashidi, dengan sukacitanya kami ingin mengumumkan pemenang-pemenang lelongan emas Raya 2009. Antara kriteria pemenang yang dipilih didalam sesi lelongan kali ini adalah, harga bidding paling tinggi didalam tempoh pembidaan dan ianya hendaklah menepati range masa yang ditetapkan.

*Tahukah anda? dengan meletakkan link atau image dari website kami pada website atau blog anda, anda layak mendapat potongan 10-30% item-item yang dilelong dan barangan kemas hafizjewel didalam Online Shop Kami.

Tanpa membuang masa lagi, berikut adalah keputusan Lelongan Emas Raya Hafizjewel baru-baru ini. (Read the rest of this entry…)

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • lelong item
    Kemaskini Lelongan Siri 15
    Insya ALLAH, sesi bidaan... 
  • lelong item
    Lelongan siri 15: Cincin Berlian CB0806
    Rasanya sudah agak lama... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera