Tag Archives: katalog emas

Katalog Koleksi Hafiz Jewel JUN 2011

Istimewa buat pengunjung laman Hafiz Jewel kini ditampilkan katalog koleksi kami untuk bulan Jun 2011.

Edisi kali ini akan menampilkan pilihan cincin emas berbatu berlian dan gelang.

Bagi yang lebih gemar melihat perhiasan emas secara hardcopy, sila print ya.

Lebih banyak pilihan perhiasan emas di hafizjewel.com/shop. Teruskan bersama kami.

Katalog Edisi Istimewa JUN 2011 – Emas 916 plain

Untuk pertama kalinya kami memperkenalkan katalog edisi istimewa untuk Jun 2011 yang memaparkan pelbagai koleksi perhiasan emas 916 plain untuk anda miliki. Perhiasan ini akan dijual mengikut harga per gram menurut harga semasa pada satu-satu hari. Sila email kami, atau tinggalkan komen di ruangan comment box untuk harga terkini dan kami akan menjawab pertanyaan anda secepat mungkin. Sekiranya anda bertanya di ruangan ‘wall’, kami akan memberikan harga terkini menerusi email rasmi kami.

Untuk proses belian, tuan puan boleh terus ke kedai kami di Reko sentral Kajang, atau mengisi borang buy gold. Pelbagai koleksi lagi boleh diperolehi di laman online shop kami. Terima kasih.

Tunaikan zakat emas anda!!!

Menunaikan zakat merupakan rukun Islam yang ke 4 yang wajib dilaksanakan bagi setiap Muslim yang layak. Antara hikmah berzakat adalah dapat membersihkan diri dari dosa, membersihkan harta dan membantu mereka yang susah. Terdapat beberapa kategori zakat seperti zakat fitrah dan zakat harta namun untuk entry ini kita akan khususkan kepada zakat emas.

Kewajipan zakat emas dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran dan amaran ALLAH berkenaan siksa yang bakal diterima kepada mereka yang tidak menunaikan zakat emas disebutkan:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”. (At Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas wajib ditunaikan apabila cukup syarat haul dan nisab. Haul merujuk kepada tempoh pemilikan emas secara sempurna yakni satu tahun.  Manakala nisab adalah berat emas yang dimiliki dalam tempoh tersebut. Nisab emas adalah berbeza di antara negeri kerana ia ditentukan oleh u’ruf, iaitu nilai kebiasaan pemakaian setempat dan ditetapkan oleh majlis agama Islam negeri.  Zakat emas boleh dipecahkan kepada dua iaitu zakat emas yang dipakai dan zakat emas yang disimpan (tidak dipakai).

Kami akan lampirkan contoh pengiraan zakat  dengan menggunakan nisab/u’ruf  yang digunapakai di negeri Selangor bertarikh hari ini, 03 Jun 2011 oleh LZS/MAIS. Pengiraan juga berpandukan kepada online kalkulator yang disediakan oleh MAIWP.

Zakat emas dipakai

Segala jenis emas perhiasan yang cukup haul dan apabila nisab melebihi  800g. Emas tersebut mestilah dipakai sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh haul.

Sekiranya A mempunyai emas perhiasan seberat 1000g dan harga semasa untuk 1g emas adalah RM150, maka pengiraan zakat adalah seperti berikut:

[(Berat keseluruhan emas g – berat u’ruf g) x harga semasa RM/g] x 2.5%

(200g x RM150/g) x 2.5% = RM750.00 (jumlah zakat yang perlu ditunaikan)

Zakat emas yang disimpan / tidak dipakai

Semua jenis emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh 1 tahun, termasuklah emas jongkong, syiling emas dsb. Nisab untuk emas disimpan adalah 85g.

Sekiranya A mempunyai emas seberat 1000g dan harga semasa untuk 1g emas adalah RM150/g, maka pengiraan zakat adalah seperti berikut:

[(Berat keseluruhan emas g) x harga semasa RM/g] x 2.5%

(1000g x RM150/g) x 2.5% = RM3750.00 (jumlah zakat yang perlu ditunaikan)

Zakat perak

Segala bentuk perak samada perhiasan atau jongkong akan dikenakan zakat apabila cukup haul dan nisab iaitu 595g. Sekiranya A mempunyai perak seberat 1000g dan harga semasa adalah RM20/g maka zakat yang perlu dibayar seperti berikut:

[(Berat keseluruhan perak g) x harga semasa RM/g] x 2.5%

(1000g x RM20/g) x 2.5% = RM500.00 (jumlah zakat yang perlu ditunaikan)

Nilai u’ruf bagi negeri-negeri lain diberikan di bawah sebagaimana yang dinyatakan melalui Laporan Kajian Penetapan Uruf Emas Pakai Negeri Pahang 2008.

Kedah                  170g

Perlis                    170g

Pulau Pinang     165g

Melaka                RM5000

Johor                    85g

Negeri 9              200g

K. Lumpur           150g

Kelantan             tiada uruf

Terengganu       120g

Pahang                200g

Perak                    500g

Sabah                   RM5000

Sarawak              775g

Semoga artikel ini dapat membantu menganggar zakat emas anda,  yang boleh ditunaikan di pejabat kutipan zakat negeri. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim untuk mengeluarkan zakat apabila cukup syaratnya. Gunakanlah ilmu ini sebaiknya dan jangan pula berhelah untuk mengelakkan zakat.

    Lawati online shop kami hafizjewel.com/shop

    Assalamua’laikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Hafiz Jewel online,

    Pelbagai koleksi terkini emas perhiasan Hafiz Jewel boleh didapati melalui online shop kami.

    Ya kami sudah sediakan semuanya untuk anda. MEnariknya, anda boleh terus ke koleksi emas perhiasan yang anda idamkan tanpa perlu membelek keseluruhan stok. Sebagai contoh, sekiranya anda berminat untuk mencari cincin emas 916 plain, anda cuma perlu pilih kategori ‘cincin emas plain’ di ruang sebelah kanan. Begitu juga ‘rantai emas plain’ , ‘loket emas plain’ dan sebagainya.

    Sekiranya anda lebih berminat dengan perhiasan emas yang diikat dengan batu berlian atau zirconia. Anda boleh membuat carian berdasarkan kategori yang telah kami sediankan. Perincian asas perhiasan-perhiasan emas juga kami sertakan di bawah setiap gambar untuk memudahkan anda membuat carian dan pilihan.

    Terima kasih.

    Pelaburan emas, mana satu pilihan anda?

    Berikutan harga emas yang semakin melonjak naik, ditambah dengan pendedahan dan maklumat yang mudah diperolehi melalui media, kini semakin ramai yang berminat untuk menjadikan emas sebagai suatu aset untuk tujuan pelaburan. Rekod menunjukkan harga emas adalah stabil, dan tidak terikat kepada kadar inflasi sesebuah negara. Ramai yang bertanya, apakah bentuk pelaburan emas yang terbaik?  Secara prinsip, yang terbaik adalah membeli emas pada kadar terendah dan menjualnya semula pada harga yang tertinggi.

    Pelaburan emas, atau secara mudahnya menyimpan emas tidak dapat disangkal lagi mampu memberikan pulangan yang lumayan untuk suatu tempoh yang panjang. Sebagai contoh Emas 24K pada tahun 2000 lebih kurang RM40/g tapi hari ini RM177/g. Sekalipun anda tidak melaburkan emas tersebut , memadai dengan hanya menyimpannya dengan baik sudah menguntungkan kerana emas sendiri adalah penyimpan nilai kewangan yang kukuh. Menyimpan emas boleh dilakukan samada secara emas fizikal ataupun dengan membuat simpanan emas di bank seperti GIA, GSPA dan gold certificates. Jadual ringkas berikut disediakan untuk menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua kategori tersebut:

    Emas Fizikal Simpanan Emas di Bank
    Emas disimpan dalam bentuk fizikal, kata orang alah membeli menang memakai Emas dibeli dalam bentuk saving/investment account dengan baki minimum setiap masa
    Kepelbagaian dalam design dan boleh dijadikan perhiasan Tiada kepelbagaian rekabentuk, untuk pelaburan semata-mata
    Mudah dijual secara tunai pada bila-bila masa Mudah dijual dalam waktu urusniaga bank
    Emas boleh dipajakgadai / al Rahnu sekiranya memerlukan tunai dalam masa yang sama tidak kehilangan aset emas Tidak boleh digadaikan. Sekiranya memerlukan tunai, aset emas perlu dijual
    Risiko – kehilangan dan kecurian Simpanan emas terjamin
    Kadar susut nilai (spread) tinggi disebabkan harga belian termasuk kos upah Kadar jualan semula lebih tinggi mengikut harga live-rate (hanya caj bank dikenakan)

    Dalam pasaran Malaysia, emas fizikal dikategorikan kepada dua iaitu emas perhiasan dan emas jongkong. Emas perhiasan termasuklah cincin, gelang , rantai dan sebagainya manakala emas jongkong berupa gold bar dan gold coin. Ada pelanggan kami yang berminat dengan emas perhiasan, namun ada juga yang memilih emas jongkong sebagai simpanan. Kami sertakan sedikit perbandingan antara keduanya:

    Emas Perhiasan Emas Jongkong (gold coin / gold bar)
    Kepelbagaian rekabentuk Rekabentuk yang terhad
    Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan Hanya sesuai untuk pelaburan semata-mata
    Kadar upah dikenakan mengikut rekabentuk Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat
    Mudah dijual semula dan dipajak di mana-mana pajak gadai atau bank al Rahnu Mudah dijual semula. Mudah dipajak di pajak gadai konvensional. Bank al Rahnu tidak lagi menerima pajakan emas jongkong
    Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu Memerlukan modal yang agak tinggi
    Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat
    Di Selangor, zakat perlu dibayar apabila cukup haul apabila melebihi 800g Di Selangor, zakat perlu dibayar apabila cukup haul dan melebihi 85g
    Mindset kebanyakan penyimpan emas;  emas perhiasan biasanya lebih dihargai dan disimpan lebih lama. Secara tidak langsung emas tersebut menjadi pelindung kekayaan dan akhirnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda Mindset kebanyakan pelabur emas; emas jongkong biasanya dijual semula apabila harga telah mencapai target keuntungan, sekaligus tidak memaksimumkan pulangan. Dalam masa yang sama setelah emas tersebut dijual,  harga belian semula sudah lebih tinggi

    Tepuk dada tanyalah selera,  terpulanglah pada anda untuk menyimpan emas secara mana. Teruslah menyimpan emas hari ini untuk masa hadapan. Namun perlu kita berhati-hati kerana akhir-akhir ini banyak kita dengar skim pelaburan emas yang tidak patuh syariah dan melanggar akta kewangan. Ada juga syarikat yang ditutup dan disenaraihitam oleh Bank Negara Malaysia.

    Semoga anda mendapat manfaat dari post kali ini. Kami akan cuba menyedikan artikel lengkap berkenaan perihal zakat emas dan jual beli emas menurut Islam untuk panduan semua dalam sedikit masa lagi.

    Related Posts with Thumbnails