Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries Tagged ‘kedai emas online’

Lelongan barangan kemas Hafiz Jewel

Lelongan datang lagi!!! Lelongan kali ini menjanjikan pelbagai barangan kemas yang lebih menarik untuk dimenangi. Buat permulaan, kami bercadang untuk mengadakan 5 siri lelongan sepanjang April, Mei dan Jun 2011, harga mula bidaan dari serendah RM9.90*. Inilah peluang anda untuk memenangi barangan kemas seperti cincin, rantai dan gelang pada harga yang luar biasa!

Siri lelongan kali ini masih mengekalkan konsep seperti siri lalu, di mana pelanggan yang berdaftar dengan Facebook, Twitter dan menjadi affiliate website Hafiz Jewel akan mendapat diskaun sekiranya menang dalam lelongan tersebut. Terma dan syarat terkini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

*Gambar barangan kemas di atas adalah untuk hiasan saja. Barangan sebenar untuk bidaan akan dimaklumkan kemudian :)

Teruskan bersama kami dan nantikan kemunculannya.

Kedai emas online kini diupdate

Sedikit maklumat buat pengunjung Hafizjewel yang dihormati, setelah menanti sekian lama, kedai emas online kami yang menyediakan item-item barangan kemas dan batu permata pada harga teruja kini diuruskan oleh Saudari Siti Hajar bermula beberapa minggu yang lalu. Beliau kini sedang bertungkus lumus memasukkan semua data, gambar dan maklumat terbaru untuk pengunjung hafizjewel melihat dan memilih barangan kemas yang berkenan di hati anda.

Mengikut maklumat yang kami terima, beliau yang sedang tidak cukup tangan mengejar tempoh dateline yang ditetapkan oleh Pengarah Urusan Hafizjewel  dilaporkan masih berkesempatan untuk melayan sebarang pertanyaan dan  tempahan anda. Satu page bertajuk “saya ct” dibina di ruangan Hafizjewel Shop, untuk beliau memperkenalkan diri dan mencoret sesuatu yang menarik pada pandangan matanya untuk dikongsi bersama pengunjung.

Berminat untuk mendapatkan barangan kemas pada harga teruja? layari laman web kedai emas kami di sini.

Sebarang tempahan, anda boleh terus menulis di ruangan komen item tersebut dan kami akan membalasnya dengan segera.  Diharap dengan kakitangan dan tenaga kerja yang cukup, kami mampu memberikan servis terbaik untuk pengunjung Hafizjewel.

klik pada gambar diatas untukk ke page ct

Brochure hafizjewel 1Malaysia di Majalah Sekolah

Kami telah menaja Majalah sekolah2 di sekitar Bandar Baru Bangi baru-baru ini, saya lampirkan brochure banner kami disini untuk mengisi ruangan kosong blog lengang ni… Agak sepi update dari Hafizjewel.com kebelakangan ini, tiada lagi Lelongan emas bukan? dan saya sendiri pun rindu untuk meneruskan sesi lelongan emas. Bilakah akan ada lagi? oh! kita tunggu apa kata Hafiz.

brochure hafizjewel 1Malaysia

brochure hafizjewel 1Malaysia

kenapa 1Malaysia? kami di hafizjewel berurusan di semua tempat, semua kawasan, semua ceruk dengan semua pelanggan berbilang bangsa, selagi anda masih didalam jajahan takluk sempadan Malaysia, PASTINYA!!. Jadi jika anda berada di tempat2 yang sah milik Malaysia, kami gembira untuk berurusan dengan anda, samada untuk menjual emas, membeli emas, melebur dan juga mengepost barang kemas kami straight ke pintu rumah anda. Kami juga berurusan dengan pelombong-pelombong emas, pelebur yang lain, peraih emas seluruh Malaysia. Hubungi kami yee!. Hantarkan email kepada kami di (hafiz.jewel@gmail.com) atau hubungi Talian Khidmat kami: 012-3358944/012-3349940 untuk maklumat lanjut.

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • lelong item
    Kemaskini Lelongan Siri 15
    Insya ALLAH, sesi bidaan... 
  • lelong item
    Lelongan siri 15: Cincin Berlian CB0806
    Rasanya sudah agak lama... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera