Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries Tagged ‘kedai emas’

Lelongan barangan kemas Hafiz Jewel

Lelongan datang lagi!!! Lelongan kali ini menjanjikan pelbagai barangan kemas yang lebih menarik untuk dimenangi. Buat permulaan, kami bercadang untuk mengadakan 5 siri lelongan sepanjang April, Mei dan Jun 2011, harga mula bidaan dari serendah RM9.90*. Inilah peluang anda untuk memenangi barangan kemas seperti cincin, rantai dan gelang pada harga yang luar biasa!

Siri lelongan kali ini masih mengekalkan konsep seperti siri lalu, di mana pelanggan yang berdaftar dengan Facebook, Twitter dan menjadi affiliate website Hafiz Jewel akan mendapat diskaun sekiranya menang dalam lelongan tersebut. Terma dan syarat terkini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

*Gambar barangan kemas di atas adalah untuk hiasan saja. Barangan sebenar untuk bidaan akan dimaklumkan kemudian :)

Teruskan bersama kami dan nantikan kemunculannya.

Bunting, Facebook dan Twitter Hafizjewel

Kami bercadang untuk meletakkan bunting sekitar kawasan ofis Hafizjewel dan beberapa tempat strategik pada bahu jalan/highway untuk membantu customer yang berkunjung ke kedai kami.  Jika anda perlukan bantuan untuk sebarang direction, boleh terus menghubungi Hafiz Jewel, bantuan akan diberikan seberapa segera yang mungkin.

Bagi mereka yang berada jauh dari lembah Klang, anda dijemput untuk singgah ke laman facebook hafizjewel dimana semua item, catalog dan promosi terkini hafizjewel akan terus diupdate disitu. Kami juga menerima tempahan untuk cincin perkahwinan, cincin tunang dan barang kemas yang lain dilaman facebook. Untuk memudahkan urusan tuan-puan, tuan-puan boleh click pada menu “buy-emas” diatas dan isikan maklumat tempahan. Setiap tempahan yang diterima biasanya mengambil masa maksimum 2 minggu untuk sampai ke pintu rumah tuan-puan.

Dan…ada sedikit lagi :) .. Jangan lupa untuk ikuti perkembangan urusniaga emas tempatan melalui twitter hafizjewel. Terima kasih kepada pelawat yang sudi add kami di laman-laman social tersebut, semoga urusan dan urusniaga tuan-puan berjalan lancar hendaknya….. -Amin-

bunting hafizjewel

bunting hafizjewel

Daftar sekarang di Hafizjewel Lelongan

lelong hafizjewel bersama facebook

Tinggal beberapa hari lagi untuk kami mula melelong barang-barang kemas di Hafizjewel Lelongan semurah RM9.90 setiap satu, jika anda berminat untuk mendapatkan item-item tersebut, jangan lupa untuk mendaftar..

DAFTAR SEKARANG (anda juga boleh mendaftar menggunakan akaun Facebook anda)

1. Click disini untuk mendaftar (click here)

2. Click disini untuk mendaftar menggunakan akaun Facebook (click here) scroll kebawah, sampai jumpa button facebook

3. Click disini untuk untuk mendapatkan banner hafizjewel lelongan (click here)

Emas nugget palsu jangan tertipu

Saya baru sahaja kembali ke ofis dari bandar kajang, membeli coolblog (wah! bersama membantu promosi air coolblog di Metro Kajang oleh usahawan bumiputra) naik sahaja ke ofis dengan tercungap-cungap saya masuk ke bilik bos, buka saja pintu saya lihat Anep memegang sebungkus nugget emas (dah macam nugget KFC je saya tengok). “Wah, mana dapat ni Nep”, bukan senang nak tengok berketul-ketul nugget ditabur diatas meja (rasa nak kutip je ahahah).

Lantas saya bertanya, “sapa pergi mendulang ni?”, saya terus ambil satu nugget sambil membelek depan belakang, rasa nak gigit pun ada sebab nak test ketulenan emas, orang tua kata emas ni lembut dan boleh digigit, kenala try kan :) . Selepas belek 2-3minit, saya rasa  lain macam je nugget ni, saya ambil batu hitam, gores sedikit, emmmm..ada colour emas, tapi masih tak berani untuk akui ketulenan nugget, anep buat muka sifar, hafiz pun buat muka sifar, saya rasa tak berpuas hati dengan ujian batu hitam ni je, saya ambil asid dan buat ujian sekali lagi. Goresan tersebut hilang, padam, lesap, meruap, cair atau apa sahaja bahasa yang sesuai kerana saya rasa kecewa warna emas tersebut luntur. SAH dan MAKIN SAH nugget ini palsu, bukan emas tetapi tembaga kuning yang biasa orang guna untuk menghasilkan emas palsu.

Sekali lagi rasa kecewa, siapalah yang sanggup buat sampai ke bentuk nugget untuk dijual kepada orang diluar sana, sekali tengok ia memang mudah untuk dianggap sebagai emas, dah jika ditoreh pun anda maybe masih ragu-ragu, tetapi jika ujian asid dijalankan, terbukti barang ini bukannya emas tulen tetapi tembaga kuning atau “copper pyrites” iaitu tembaga solid yang agak berat dan akan bertukar warna kepada hijau pada ujian asid (copper sulfate) untuk menguji ketulenan emas.

Saya lampirkan sedikit gambar nugget tersebut untuk pelawat Hafizjewel, Hati-hati jika ada mana-mana sipolan cuba menjual kepada anda.

nugget emas palsu dalam bentuk chips

nugget emas palsu dalam bentuk chips

Penjualnya mungkin akan cuba meyakinkan anda bahawa emas itu tulen (gambar hiasa, model: anep)

Penjualnya mungkin akan cuba meyakinkan anda bahawa emas itu tulen (gambar hiasan, model: anep)

Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas, tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid

Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas, tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid

Perangi emas palsu dipasaran negara

Perangi emas palsu dipasaran negara

Hati-hati ketika membeli emas, bawa mereka yang lebih mahir jika ada yang datang menemui anda menawarkan emas nugget pada harga yang murah, mereka mungkin cuba memerangkap anda.

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • lelong item
    Kemaskini Lelongan Siri 15
    Insya ALLAH, sesi bidaan... 
  • lelong item
    Lelongan siri 15: Cincin Berlian CB0806
    Rasanya sudah agak lama... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera