Sesi lelongan emas kedua akan bermula
Ini hanyalah short-message dari saya, sukacita dimaklumkan lelongan kedua kami akan bermula pada 17 March 2009. Tunggu!!
UPDATE : Kami masih tidak dapat mengupload data, item-item untuk lelongan kedua belum lagi dapat dikemaskini harap maklum (19/3/09)
Sedikit cerita yang ingin saya kongsi, pada hari ahad yang lepas, saudara fazrul yang hyper-active disini telah membawa pulang sebentuk cincin berlian dengan potongan “50%” dari hafizjewel. Wah! berbaloi tak fazrul? cerita sedikit, hadiah tu untuk siapa? saudara fazrul sebenarnya berada di Permatang Pauh (kawasan panas ni!!) telah mewakilkan sahabat beliau untuk mengambil hadiah kemenangan iaitu Cincin Berlian B394 di kedai kami di bandar Baru Bangi. Tahniah kepada beliau.
Manakala saudara perfectwater yang memenangi 3 items pula akan mengambilnya pada 25-26 March ini (Bersempena Pemilihan UMNO 2008), Diharap beliau sempat ke kedai kami, kerana biasanya mereka yang terlibat 24 jam sibuk dengan urusan tersendiri. Sudilah kiranya mengunjungi kedai kami ye.
Bagi mereka yang sedang menunggu untuk mendapatkan emas pada harga yang murah, teruskan mengikuti blog ini. Jangan lupa siapkan blog masing-masing untuk dapatkan potongan promosi. (Bagi mereka yang belum mendaftar blog, inilah masa untuk anda mendaftar, mudah sahaja, hanya daftar di http://www.blogspot.com.
Tunggguuu!!!