Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Pelaburan emas, mana satu pilihan anda?

Berikutan harga emas yang semakin melonjak naik, ditambah dengan pendedahan dan maklumat yang mudah diperolehi melalui media, kini semakin ramai yang berminat untuk menjadikan emas sebagai suatu aset untuk tujuan pelaburan. Rekod menunjukkan harga emas adalah stabil, dan tidak terikat kepada kadar inflasi sesebuah negara. Ramai yang bertanya, apakah bentuk pelaburan emas yang terbaik? Secara prinsip, yang terbaik adalah membeli emas pada kadar terendah dan menjualnya semula pada harga yang tertinggi.

Pelaburan emas, atau secara mudahnya menyimpan emas tidak dapat disangkal lagi mampu memberikan pulangan yang lumayan untuk suatu tempoh yang panjang. Sebagai contoh Emas 24K pada tahun 2000 lebih kurang RM40/g tapi hari ini RM177/g. Sekalipun anda tidak melaburkan emas tersebut , memadai dengan hanya menyimpannya dengan baik sudah menguntungkan kerana emas sendiri adalah penyimpan nilai kewangan yang kukuh. Menyimpan emas boleh dilakukan samada secara emas fizikal ataupun dengan membuat simpanan emas di bank seperti GIA, GSPA dan gold certificates. Jadual ringkas berikut disediakan untuk menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua kategori tersebut:

Emas Fizikal Simpanan Emas di Bank
Emas disimpan dalam bentuk fizikal, kata orang alah membeli menang memakai Emas dibeli dalam bentuk saving/investment account dengan baki minimum setiap masa
Kepelbagaian dalam design dan boleh dijadikan perhiasan Tiada kepelbagaian rekabentuk, untuk pelaburan semata-mata
Mudah dijual secara tunai pada bila-bila masa Mudah dijual dalam waktu urusniaga bank
Emas boleh dipajakgadai / al Rahnu sekiranya memerlukan tunai dalam masa yang sama tidak kehilangan aset emas Tidak boleh digadaikan. Sekiranya memerlukan tunai, aset emas perlu dijual
Risiko – kehilangan dan kecurian Simpanan emas terjamin
Kadar susut nilai (spread) tinggi disebabkan harga belian termasuk kos upah Kadar jualan semula lebih tinggi mengikut harga live-rate (hanya caj bank dikenakan)

Dalam pasaran Malaysia, emas fizikal dikategorikan kepada dua iaitu emas perhiasan dan emas jongkong. Emas perhiasan termasuklah cincin, gelang , rantai dan sebagainya manakala emas jongkong berupa gold bar dan gold coin. Ada pelanggan kami yang berminat dengan emas perhiasan, namun ada juga yang memilih emas jongkong sebagai simpanan. Kami sertakan sedikit perbandingan antara keduanya:

Emas Perhiasan Emas Jongkong (gold coin / gold bar)
Kepelbagaian rekabentuk Rekabentuk yang terhad
Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan Hanya sesuai untuk pelaburan semata-mata
Kadar upah dikenakan mengikut rekabentuk Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat
Mudah dijual semula dan dipajak di mana-mana pajak gadai atau bank al Rahnu Mudah dijual semula. Mudah dipajak di pajak gadai konvensional. Bank al Rahnu tidak lagi menerima pajakan emas jongkong
Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu Memerlukan modal yang agak tinggi
Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat
Di Selangor, zakat perlu dibayar apabila cukup haul apabila melebihi 800g Di Selangor, zakat perlu dibayar apabila cukup haul dan melebihi 85g
Mindset kebanyakan penyimpan emas; emas perhiasan biasanya lebih dihargai dan disimpan lebih lama. Secara tidak langsung emas tersebut menjadi pelindung kekayaan dan akhirnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda Mindset kebanyakan pelabur emas; emas jongkong biasanya dijual semula apabila harga telah mencapai target keuntungan, sekaligus tidak memaksimumkan pulangan. Dalam masa yang sama setelah emas tersebut dijual, harga belian semula sudah lebih tinggi

Tepuk dada tanyalah selera, terpulanglah pada anda untuk menyimpan emas secara mana. Teruslah menyimpan emas hari ini untuk masa hadapan. Namun perlu kita berhati-hati kerana akhir-akhir ini banyak kita dengar skim pelaburan emas yang tidak patuh syariah dan melanggar akta kewangan. Ada juga syarikat yang ditutup dan disenaraihitam oleh Bank Negara Malaysia.

Semoga anda mendapat manfaat dari post kali ini. Kami akan cuba menyedikan artikel lengkap berkenaan perihal zakat emas dan jual beli emas menurut Islam untuk panduan semua dalam sedikit masa lagi.

Katalog Koleksi Hafiz Jewel Mei 2011

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia Hafiz Jewel. Buat masa ini, kami sedang di dalam proses menaik taraf maklumat database koleksi barangan kemas Hafiz Jewel di dalam online shop kami. Rakan-rakan boleh browse koleksi cincin emas, gelang berlian, rantai emas putih dan pelbagai bentuk perhiasan pada harga yang rendah. Database online shop tersebut akan dikemaskini sekerap mungkin dan kami akan cuba untuk memasukkan stok barangan kemas baru ke dalam sistem tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sila layari online shop kami untuk senarai koleksi perhiasan emas terkini.

Kami juga akan menyediakan katalog untuk tatapan rakan-rakan sekalian. Katalog Hafiz Jewel akan dikeluarkan setiap bulan, untuk Mei 2011 katalog berikut disediakan khas untuk anda.

Daftarlah email anda dengan kami untuk menjadi orang pertama yang mendapat maklumat terkini dari kami. Jangan lupa untuk terus membida koleksi terbaik kami pada harga yang menakjubkan. Daftar juga sebagai ahli affiliate dan rakan facebook Hafiz Jewel untuk mendapatkan diskaun sehingga 15% untuk barangan bidaan yang anda menangi.

Lelongan siri 5: Set Rantai Leher dan Loket Berlian

Set rantai leher dan loket berikut dilelong pada harga mula RM99.90. Lelongan akan dimulakan pada Selasa, 10 Mei 2011 jam 12:00 tengah hari dan akan tamat tepat jam 11:59 pagi Isnin, 23 Mei 2011.

Perincian set:
Rantai leher: EPR0528
Kualiti: Emas putih 750
Berat: 0.9g
RRP: RM200.00

Loket berlian: EPL0529
Kualiti: Emas putih 750 + berlian
Berat: 1.1g
RRP: RM540.00

Syarat utama bidaan mudah sahaja, anda hanya perlu meletakkan bidaan anda pada ruangan ‘comment box’. Minimum harga untuk bidaan adalah RM0.10 atau 10sen. Ini bermakna dengan harga mula RM99.90, bidaan seterusnya adalah sekurang-kurangnya adalah RM100.00, lebih tinggi lebih baik . Begitulah seterusnya, dan bidaan tertinggi pada saat berakhirnya sesuatu sesi dikira pemenang. Sekiranya ada bidaan-bidaan yang sama nilainya, bidaan yg terawal akan diambilkira.

Kami amat mengharapkan budi bicara tuan puan sepanjang berlangsungnya sesi bidaan ini. Hafiz Jewel memberi jaminan tidak akan ada sebarang unsur penipuan dari pihak kami semasa proses bidaan. Staff kami juga dilarang dari menyertainya. Untuk mengelakkan non-genuine bidder yang membida secara tidak serius sekaligus memainkan harga dan mengganggu proses ini, saya mencadangkan rakan2 utk terus membida pd harga yg dirasakan patut walaupun ada bidaan yg lebih tinggi. Sekiranya pemenang tidak menuntut cincin ini (non-genuine bidder), kami akan memilih bidaan yg kedua tertinggi. Kami menyimpan email ID bagi semua pembida, sekiranya ada yang tidak jujur, email anda akan digantung dan tidak lagi dibenarkan utk menyertai bidaan yg akan datang. Para pemenang akan diminta ke pejabat untuk mengambil hadiah masing-masing, dan acara ini akan dimasukkan ke dalam laman web kami.

Kami juga menggalakkan semua pembida utk menjadi rakan facebook kami, dan menyertai program affiliate. Selain daripada dapat menikmati harga diskaun sehingga 15%, pendaftaran ini juga adalah sebagai sebuah mutual understanding bahawa rakan-rakan pembida semua adalah genuine bidder.

Perincin lebih lanjut boleh diperolehi dari artikel2 kami di dalam kategori ‘lelong’. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus samada melalui ruangan komen, email atau secara telekomunikasi.

Terima kasih,
Hadi 011 1217 1202

Hebahan umum

Kepada semua rakan-rakan sekalian, sukacita kami maklumkan sekali lagi berkenaan majlis makan tengahari sempena Hari Ibu dan Ayah di Restoran Sri Melayu pada esok, Sabtu 07/05/2011. Tetamu bertuah bakal memenangi pelbagai hadiah menarik yg disediakan di majlis tersebut. Hafiz Jewel akan menaja hadiah berbentuk barangan kemas berjumlah RM15000 dalam bentuk cincin berlian dan sebagainya. Maklumat penuh berkenaan majlis berkenaan boleh anda perolehi di post kami sebelum ini dan website Restoran Sri Melayu. Datanglah beramai-ramai bersama keluarga !!!

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan yang berkelapangan untuk hadir ke Konvensyen Kewangan Islam 2011 yang akan diadakan di Masjid Shah Alam. Seminar ini akan membincangkan antaranya soal riba di dalam urusan jual beli emas dan perak. Adalah menjadi objektif Hafiz Jewel untuk menjadi sebuah syarikat yang menjalankan urusniaga jual-beli emas secara syariah compliance keseluruhannya. Insya ALLAH.

Pemenang cincin CZ1171

Alhamdulillah proses bidaan Hafiz Jewel siri 4 telah selesai seperti mana yang dirancang tengah hari ini.
Cincin CZ1171 tersebut telah dimenangi oleh Encik Asril Azizan dari Seremban. Beliau sendiri telah datang ke pejabat Hafiz Jewel untuk pengambilan hadiah petang tadi.

Berikut disertakan sedikit maklumat tambahan:
Kod cincin: CZ1171
Retail price: RM280
Bidding price: RM161.30
Discount: 15% (FB & affiliate)
Winning price: RM137.00

Bidaan siri 5 akan dilancarkan dalam masa terdekat. Teruskan bersama kami!!!

Related Posts with Thumbnails






  • Kategori carian

  • Networked blogs

  • Meta

Cara Pembayaran

  • (A) Bayaran melalui Maybank
  • No Akaun: 562263020423
  • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera