Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Lelongan amal bersama Hafizjewel

Salam sejahtera buat pelawat Hafizjewel yang dihormati. Sukacitanya kami, ingin memaklumkan bahawa bermula 5 Julai 2010 ini, kami di Hafizjewel akan mengadakan Lelongan Amal 1Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan kemas untuk anda miliki. Untuk pengetahuan anda, Lelongan amal ini akan dilakukan secara berperingkat melalui website kami sempena persedian menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak dan …………….. Selain dari itu Lelongan amal ini juga diadakan untuk menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah kebajikan bagi menyediakan prasarana, makan minum dan keperluan anak-anak yatim bermula 5 Julai dan Ogos sepanjang Bulan Ramadhan dan persedian menyambut ketibaan Aidilfitri akan datang.

Lelongan Amal Hafizjewel bermula pada 5 Julai 2010, ikuti di website kami.

Hasil dari lelongan amal ini, seratus peratus akan diserahkan kepada rumah kebajikan bagi mengurangkan beban dan tanggungan rumah Anak yatim sekitar Bangi, Kajang dan Selangor. Bagi mereka yang turut berminat untuk menyumbang didalam usaha amal bersama kami, amat-amat kami alukan.

Sedikit maklumat untuk pelawat Hafizjewel, Lelongan amal ini akan dilakukan setiap minggu sepanjang bulan Julai dan Ramadhan tahun ini, item-item yang ditawarkan akan menjadi milik pelawat yang paling tinggi membida dan hasil dari jualan tersebut akan diserahkan 100% kepada rumah kebajikan. Kami memohon jasa baik anda untuk turut serta berkongsi maklumat ini kepada mereka diluar sana.

Semoga usaha kita, amal kita bersama akan diredhai dan diberkati olehNya. dan jangan lupa, semakin tinggi bid anda semakin banyak anda dapat membantu mereka yang memerlukan. Salam mesra dari kami di Hafizjewel.

Antara barangan kemas dikedai kami yang akan dilelong

Siti bersama gelang emas dan batu permata yang bakal menjadi milik anda

Anep bersama cincin, gelang dan pelbagai barangan kemas

Gambar hiasan semata-mata

Untuk pengunjung yang belum pernah membida dilaman web kami, ikuti guide-guide dibawah untuk memudahkan anda memahami “Bagaimana lelongan diadakan”

1. Bagaimana menyertai lelongan di Hafizjewel

2. Soalan yang biasa ditanya

Banner lelongan amal hafizjewel

Kami sediakan beberapa banner bagi memudahkan pengunjung hafizjewel meletakkan banner lelongan amal kami untuk diletakkan didalam blog atau website anda. Sebagai membalas budi baik anda, kami akan letakkan banner anda sebagai Supporter Lelongan Amal Hafizjewel didalam entry akan datang.

Copy dan paste code berikut didalam laman web dan blog anda.

Banner Size Code
425 x 125
215 x 215
125 x 125

Jika anda perlukan saiz yang lain, sila tulis di komen, kami akan sediakan untuk anda. Terima kasih :)

Emas nugget palsu jangan tertipu

Saya baru sahaja kembali ke ofis dari bandar kajang, membeli coolblog (wah! bersama membantu promosi air coolblog di Metro Kajang oleh usahawan bumiputra) naik sahaja ke ofis dengan tercungap-cungap saya masuk ke bilik bos, buka saja pintu saya lihat Anep memegang sebungkus nugget emas (dah macam nugget KFC je saya tengok). “Wah, mana dapat ni Nep”, bukan senang nak tengok berketul-ketul nugget ditabur diatas meja (rasa nak kutip je ahahah).

Lantas saya bertanya, “sapa pergi mendulang ni?”, saya terus ambil satu nugget sambil membelek depan belakang, rasa nak gigit pun ada sebab nak test ketulenan emas, orang tua kata emas ni lembut dan boleh digigit, kenala try kan :) . Selepas belek 2-3minit, saya rasa lain macam je nugget ni, saya ambil batu hitam, gores sedikit, emmmm..ada colour emas, tapi masih tak berani untuk akui ketulenan nugget, anep buat muka sifar, hafiz pun buat muka sifar, saya rasa tak berpuas hati dengan ujian batu hitam ni je, saya ambil asid dan buat ujian sekali lagi. Goresan tersebut hilang, padam, lesap, meruap, cair atau apa sahaja bahasa yang sesuai kerana saya rasa kecewa warna emas tersebut luntur. SAH dan MAKIN SAH nugget ini palsu, bukan emas tetapi tembaga kuning yang biasa orang guna untuk menghasilkan emas palsu.

Sekali lagi rasa kecewa, siapalah yang sanggup buat sampai ke bentuk nugget untuk dijual kepada orang diluar sana, sekali tengok ia memang mudah untuk dianggap sebagai emas, dah jika ditoreh pun anda maybe masih ragu-ragu, tetapi jika ujian asid dijalankan, terbukti barang ini bukannya emas tulen tetapi tembaga kuning atau “copper pyrites” iaitu tembaga solid yang agak berat dan akan bertukar warna kepada hijau pada ujian asid (copper sulfate) untuk menguji ketulenan emas.

Saya lampirkan sedikit gambar nugget tersebut untuk pelawat Hafizjewel, Hati-hati jika ada mana-mana sipolan cuba menjual kepada anda.

nugget emas palsu dalam bentuk chips

Penjualnya mungkin akan cuba meyakinkan anda bahawa emas itu tulen (gambar hiasan, model: anep)

Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas, tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid

Perangi emas palsu dipasaran negara

Hati-hati ketika membeli emas, bawa mereka yang lebih mahir jika ada yang datang menemui anda menawarkan emas nugget pada harga yang murah, mereka mungkin cuba memerangkap anda.

Downtown Kajang dan Hafizjewel

Salam mesra semua, apa khabar? kali ini kami hanya ingin mengupdate sedikit maklumat sahaja untuk pengetahuan pelawat Hafizjewel sekalian, kini berhampiran ofis kami di Reko Sentral Kajang, mula diwujudkan Bazar Malam atau lebih femes lagi dikenali sebagai “Downtown”, ini bukan downtown cheras, ini adalah Downtown Kajang or Downtown Jalan Reko, mana-mana sahaja yang anda rasa sesuai untuk dipertuturkan.

Downtown ini baru sahaja dirasmikan pada 4 Jun 2010 oleh sipolan bin sipolan (ahaha, terlupa siapa namanya), upacara perasmian semacam pesta pula di sini, sungguh girang gemirang, meriah sekali, mujur funfair dan badut-badut je tak hadir kalau tak, dah rasa macam bekerja di Genting je kami. Antara artis yang hadir dalam upacara perasmian adalah Aris Ariwatan, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris dan Enc Hafiz kami sendiri (haha, walaupun, cuma sebagai pelawat). Kami lampirkan sedikit gambar warna warni khemah-khemah yang dipasang sekeliling ofis kami.

Keadaan Downtown Kajang dari ofis kami

Siti memeriahkan suasana sepi downtown Kajang disiang hari sebelum pelancaran

Downtown Kajang betul-betul didepan ofis kami

Jika anda ada kelapangan masa, datanglah melawat ke ofis kami sambil membeli belah disini, ofis kami dibuka sehingga jam 9.30 malam setiap hari.

Berminat untuk menjual item anda di Hafizjewel?

Hafiz telah memberi idea kepada saya untuk mencipta satu laman dimana visitor hafizjewel boleh trading barangnya sendiri di laman kami. Sebelum ini, kami selalu mendapat comment seperti “emas jongkong 300gms hubungi sipolan dan sipolan” , “nak beli emas 999 dengan harga bla bla, siapa ada??” biasanya kami tidak akan approve comment-comment sedemikian, tetapi kes ini kerap berlaku, maka jalan penyelesaiannya Hafiz mencadangkan satu laman dimana visitor hafizjewel sendiri boleh memasukkan item mereka dan terserah kepada pelawat lain untuk membida atau membeli item tersebut.

Laman ini diletakkan di link http://www.hafizjewel.com/lelong

Laman ini dibina untuk memudahkan urusniaga emas online lebih-lebih lagi mereka yang ingin menjual emas pada orang perseorangan atau bagi mereka yang berminat membeli emas second pada harga yang lebih rendah dari pasaran. Tetapi bagaimana kami mahu mengelak dari lambakan item yang sama atau lambakan iklan sedangkan itemnya tiada. Maka untuk memudahkan urusan dan mewujudkan kepercayaan antara visitor laman yang dibina ini pengguna harus mendaftar, dan kami akan mengreview penjual setiap masa.

Kami tidak terlibat secara lansung didalam urusan urusniaga antara penjual dan pembeli, kami hanya mewujudkan platform dan terserah diatas budi bicara pelawat hafizjewel menggunakannya.

Untuk membaca dengan lebih lanjut platform lelong yang dibina, sila klik link dibawah

1. Terma dan Syarat : Click Here

2. Cara untuk meletakkan item emas : Click Here

3. Tentang Lelongan di Hafizjewel : Click Here

Related Posts with Thumbnails






  • Kategori carian

  • Networked blogs

  • Meta

Cara Pembayaran

  • (A) Bayaran melalui Maybank
  • No Akaun: 562263020423
  • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera