Salam hari lebaran dari kami di hafizjewel. Diharap Mood hari raya masih belum pudar lagi selepas berpuasa lebih sebulan. Selepas ini pastinya akan ada open house dimana-mana dan kami sendiri di Hafizjewel sedang menanti bos kami untuk mengadakan open house, Insyallah kami akan jemput semua pelawat Hafizjewel ke open house kami (oppss..i mean bos kami!). Insyallah.

Bagaimanapun untuk maklumat pelawat hafizjewel, kami mempunyai saudara baru di Hafizjewel, seorang tukang emas yang boleh membantu anda untuk membaiki, mengilatkan balik malah menjadikan barang kemas anda seperti baru.

Mengikut maklumat caj servis untuk mencantikkan kembali emas anda hanya sekitar RM30.00 tetapi bergantung kepada bentuk, saiz, dan jenis emas samada 916, 750, emas putih, suasa dan sebagainya.

Anda boleh bawa barang anda ke kedai emas kami, dan kami akan hubungi anda setelah selesai (bergantung item semasa yang sedang dibaiki, tetapi insyallah kami akan selesaikan segera mengikut permintaan anda)

Syazwan, tukang emas hafizjewel.

Boleh add beliau di facebook

Related Posts with Thumbnails