Kemaskini: Lelongan siri 6 Cincin Emas CZ1217
Terima kasih atas sokongan dan maklum balas rakan-rakan sekalian sepanjang proses bidaan siri 6 ini. Bidaan akan tamat tepat jam 11:59 a.m esok hari, Isnin 23 Mei 2011. Kami akan mengemaskini maklumat berkaitan proses tersebut secara langsung untuk beberapa jam sebelum berakhirnya bidaan.
07:45pm (19/06/2011) Pembida tertinggi sehingga saat ini adalah Sdr Hanizal dgn bidaan sebanyak RM250.00. Mengekor rapat di belakangnya adalah Sdr Izzat pada RM222.oo.
12:00am (20/06/2011) Sesi bidaan siri 6 CZ1217 kini secara rasminya telah tamat. Pemenang adalah Sdr Hanizal dgn bidaan sbyk RM250.00. Diharap Sdr Hanizal dapat menghubungi kami segera utk urusan pengambilan dan pembayaran hadiah.
*Bidaan hendaklah dibuat menerusi ruangan komen post tersebut, bidaan di ruangan2 lain spt wall dsb tidak akan diterima. Ada pembida yg telah meletakkan bidaan melebihi nilai pasaran kami (RRP), maaf kami tidak dapat menerima bidaan saudara kerana ia telah lari dari matlamat asal kami iaitu untuk membolehkan pengunjung kami memenangi barang kemas yg lebih murah dari RRP. Oleh yg demikian, bidaan yg lebih tinggi akan diletakkan pada harga siling item ini iaitu RM280.00
Kami juga ingin menyarankan rakan2 terus membida pada harga yg difikirkan sesuai, walaupun ada bidaan yg lebih tinggi. Sekiranya pemenang tidak menuntut hadiah, kami akan umumkan pembida seterusnya sebagai pemenang. Ini adalah untuk mengelakkan non-genuine bidder menganggu proses bidaan dan mereka ini akan dilarang dari menyertai sesi bidaan yg akan datang.
Untuk sesi yg akan dtg, kami sedang menimbang untuk mendaftarkan semua pembida melalui facebook dan sebarang update akan dimaklumkan melalui wall FB anda.
Terima kasih










June 20th, 2011 at 12:25 pm
Salam..walaupun bidaan dah tamat, tentu ada bidaan akan datang. So soalan saya, mcmana nak buat bida2 ni? kat mana?
Thanks.
Reply
@Saiful, ada insya ALLAH. Nantikan update dari kami
Reply
June 21st, 2011 at 10:57 am
terima kasih saya akan menghubungi pihak tuan nanti.
Reply