Terkini: Syarat Penyertaan Bidaan Perhiasan Emas Hafiz Jewel serendah RM9.90*
Insya ALLAH bidaan siri 7 akan dimulakan esok, Selasa 28/06/2011 jam 12:00 tengah hari. Agak sepi sedikit website Hafiz Jewel tanpa sesi bidaan kan? Barang apa agaknya yang akan kami sediakan kali ini? Cincin, gelang, rantai atau subang kah? Nantikan….
Di kesempatan ini, kami juga ingin menyertakan terma dan syarat lengkap kepada semua pengunjung yang ingin menyertai sesi bidaan Hafiz Jewel secara online. Garis panduan ini adalah yang terkini dan digunakan bagi menggantikan garis-garis panduan yang telah kami keluarkan sebelum ini. Bagi yang telah berdaftar dengan kami sebelum ini, jangan bimbang kerana akaun anda masih kekal dalam simpanan kami.
Terma dan syarat:
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Berdaftar dengan kami sebagai pembida yg sah melalui akaun facebook di facebook.com/hafizjewel melalui email ID yang anda berikan.
3. Meletakkan nilai bidaan dengan jelas di ruangan komen barangan bidaan yg disediakan. Bidaan yang diletakkan pada ruangan lain tidak akan diterima.
4. Minimum harga untuk setiap unit bidaan adalah RM0.10 atau 10sen. Ini bermakna sekiranya harga mula RM9.90, bidaan seterusnya adalah sekurang-kurangnya adalah RM10.00.
5. Sesuatu nilai bidaan mestilah diletakkan lebih tinggi dari bidaan sebelumnya. Sekiranya ada bidaan-bidaan yang sama nilainya, bidaan yg terawal akan diambilkira.
6. Bidaan tertinggi pada saat berakhirnya bidaan bagi sesuatu sesi dikira pemenang.
Kami amat mengharapkan budi bicara tuan puan sepanjang berlangsungnya sesi bidaan ini. Kami menyimpan email ID dan facebook ID bagi semua pembida, sekiranya ada yang tidak jujur, email anda akan digantung dan tidak lagi dibenarkan utk menyertai bidaan yg akan datang. Hafiz Jewel memberi jaminan tidak akan ada sebarang unsur penipuan dari pihak kami sepanjang proses bidaan. Staf dan keluarga terdekat juga dilarang menyertai bidaan ini.
Diskaun:
Semua pembida perlu berdaftar menjadi rakan facebook kami untuk menyertai bidaan, anda juga digalakkan menjadi follower website kami dan menyertai program affiliate. Selain daripada layak untuk menikmati harga diskaun berjumlah sehingga 15%, pendaftaran ini juga adalah sebagai sebuah mutual understanding bahawa rakan-rakan pembida semua adalah genuine bidder.
Untuk mendapatkan diskaun 5%, semua pembida perlulah berdaftar sebagai rakan FB Hafiz Jewel sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.
Untuk mendapatkan lagi 5% diskaun, rakan pembida perlulah menjadi follower kepada website hafizjewel.com sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.
Untuk mendapatkan tambahan 5% lagi, rakan pembida perlu menyertai program affiliate kami DAN meletakkan banner kami di website anda. Banner perlu diletakkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.
Sila klik page bidding registration untuk maklumat lanjut.
Pembayaran dan pengambilan hadiah:
Kami amat menggalakkan para pemenang untuk mengambil hadiah kemenangan di pejabat kami, dan acara ini akan dimasukkan ke dalam laman web kami. Sekiranya mengalami kesulitan, pemenang boleh menghantar wakil untuk menuntut hadiah. Sekiranya faktor jarak menjadi masalah, kami sedia menghantar barangan tersebut melalui perkhidmatan pos dengan kos P&P ditanggung oleh pihak pembeli.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui ruangan komen, email atau terus menelefon kami. Alternatively artikel2 sebelum ini berkenaan sesi lelongan boleh diperolehi menerusi kategori ‘artikel’, ‘lelong’ dan ‘guide’.
Terima kasih.










July 1st, 2011 at 8:36 pm
Salam…page not found la…tensen tau..
Reply
@Saiful, terima kasih atas makluman. Pihak kami telah pun menyelesaikan masalah tersebut. TQ
Reply